`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 11, 2013

5 PROJEK UTAMA PETRONAS MULA TAHUN INI






KOTA KINABALU : Lima projek utama Petronas di Sabah, yang diumumkan pada 2011, akan mula beroperasi tahun ini, menandakan satu lagi kejayaan penting bagi industri minyak dan gas negeri.

Projek-projek itu ialah Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP), Stesen Janakuasa Kimanis (KPP), Pusat latihan Petroleum Kimanis (KTC), dan pembangunan huluan Bukan Berkaitan Gas Kinabalu (NAG).
Pengerusi Petronas bagi Sabah dan Labuan, Joseph Podtung (kiri), memberitahu pemberita Sabah pada Khamis projek-projek tersebut berjalan dengan lancar, mencapai sasaran dalam pelaksanaan masing-masing.

"Projek-projek ini, kebanyakannya bertaraf dunia, merupakan sebahagian daripada rancangan keseluruhan Petronas untuk mengoptimumkan nilai sumber minyak dan gas yang ditemui di luar pesisir pantai Sabah," katanya.

Petronas pada 2011 mengumumkan pelbagai projek, huluan dan juga hiliran, melibatkan gabungan perbelanjaan modal sebanyak RM45 bilion. Pelan ini juga termasuk Loji Urea Ammonia Sabah (SAMUR) di Sipitang dan Terminal Pengegasan Semula Lahad Datu. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.