`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 5, 2013

Anwar: Malaysia amal dua undang-undang


Ekoran tindakan cepat polis ke atas individu yang memijak gambar Datuk Seri Najib Tun Razak sempenan sambutan kemerdekaan 31 Ogos lalu.
Sorotan 2012 Bahagian akhir
PETALING JAYA:  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara mengamalkan dua undang-undang yang berbeza ekoran tindakan pantas pihak berkuasa ke atas individu-individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan 31 Ogos lalu.
“Malaysia mengamalkan konsep ’1Malaysia 2 undang-undang’,” katanya pada majlis ceramah ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ di Rantau, September lalu.
Perkara tu menjadi perbualan hangat pada bulan September lalu.
Berikut ialah sorotan-sorotan peristiwa yang berlaku pada bulan September lalu.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani melahirkan rasa berang terhadap tindakan penguatkuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menurunkan kira-kira 40 bendera PAS di Dataran Senawang tempat berlangsungnya Jamuan Hari Raya anjuran PAS Negeri Sembilan.
“Persoalannya ialah kenapa bendera Barisana Nasional (BN) yang turut dipasang di Dataran Senawang tidak pula diturunkan? tanya Mohd Taufek yang juga merupakan Adun Paroi.
Penyediaan kaunter mengambil makanan mengikut pengasingan gender lelaki dan perempuan di majlis Rumah Terbuka Hari Raya PAS Negeri Sembilan di Dataran Senawang; menjadi satu isu baru di Negeri Sembilan.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Wafa melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Bendahari Pemuda MCA Negeri Sembilan, Datuk Lim Chun Fei, yang seolah-olah memberi amaran kepada Mohd Taufek agar jangan berbuat demikian kalau memerintah Negeri Sembilan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau akan mendedahkan satu skandal yang membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan dalam masa terdekat.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr Badrulamin Baharon menyifatkan orang masih menyokong BN adalah orang yang duduk di dalam kegelapan.
“Pakatan Rakyat berjanji akan menurunkan harga minyak jika kita memerintah kerajaan pusat nanti. Kita juga berjanji akan menurunkan harga kereta. Tetapi kenapa ada orang yang masih tidak suka kita?
“Nak juga harga minyak mahal, nak juga harga kereta mahal. ‘Kami menawarkan lebih baik dari BN’. Tetapi ada orang yang masih mahu menyokong BN.
“Orang-orang ini adalah orang yang hidup dalam kegelapan. Tak tau mana putih, mana hitam,” kata Badrul Amin.
Seorang Exco Kerajaan Negeri Sembilan disiasat polis atas dakwaan melepaskan tembakan pistol di dalam rumah Exco terbabit di Seremban.
Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin memberi kata dua kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan agar mengantung Exco terbabit sementara Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah, R Tangam mengingatkan pihak polis agar tidak menutp kes tersebut.
M Puvaneswary, 29, ibu kepada seorang anak lelaki berumur lapan tahun, M Sarvin dari Taman Anggerik, Rantau yang menghidapi penyakit Apendiks melahirkan rasa kesal terhadap layanan buruk pegawai perubatan dan jururawat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Puvaneswary juga tidak puas hati terhadap seorang kakitangan dari Klinik Kesihatan Takau, Rantau.
Sekumpulan ibubapa dan Adun Pakatan Rakyat Negeri Sembilan mengadakan bantahan di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Senawang berikutan padang sekolah tersebut akan dikorbankan untuk sebuah projek ‘fly-over’ tidak lama lagi.
Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopalu memberikan jaminan bahawa beliau akan berusaha mendapatkan sebidang tanah untuk padang sekolah SJKT Ladang Senawang yang baru.
Hampir 200 ibu bapa dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Kuala Pilah, Negeri Sembilan menuntut kerajaan dengan segera memperuntukkan sebidang tanah untuk tujuan pembinaan sebuah bangunan sekolah yang baru.
Oktober 2012
Rajagopalu berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengsyorkan sebidang tanah seluas lima ekar kepada Kementerian Pendidikan sebagai tapak SJKT Kuala Pilah yang baru.
Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez (DAP) mengecam Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hasan kerana mengizinkan Perkasa mengadakan mesyuarat agung di dalam bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh menerima satu SMS berbentuk ugutan semalam berhubung peranan beliau menganjurkan aktiviti ceramah di kawasan Felda Serting Hilir 5, Jempol, Negeri Sembilan.
Menurut Karip, SMS tanpa nama yang diterima beliau pada pukul 07.32 pagi; penghantar mesej yang hanya mahu dikenali sebagai kaum wanita memberi amaran kepada beliau bahawa tidak akan teragak-agak menghapuskan beliau, keluarga  dan ternakan beliau.
Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani mendakwa bahawa PAS Negeri Sembilan sedang mengumpulkan bukti bahawa polis cawangan khas (special branch) berkempen untuk BN dan menggunakan isu perkauman dan agama untuk memberi gambaran buruk terhadap Pakatan Rakyat.
Lebih 20, 000 peminat membanjiri Litar Lumba Antarabangsa Formula One, Sepang untuk melihat aksi sulung komposer ‘dance music’ dan DJ No.1 Dunia, David Guetta.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dijangka mengandakan serangan ke atas PAS menjelang PRU-13.
PAS keberatan untuk memecat Nasharuddin walaupun ahli Parlimen Bachok itu  telah mengkritik dasar PAS secara terbuka di dalam media. PAS bermain dengan risiko besar seandainya memecat Nasharuddin menjelang bulan-bulan terakhir sebelum PRU-13.
FMT tidak juga melupakan hak asasi haiwan dengan mengetengahkan bagaimana banyak monyet menjadi korban kemalangan di Jalan Seremban – Kuala Pilah di Bukit Putus.
Aktivis Hak Asasi Haiwan, Manoharan Balan mencadangkan agar kerajaan menyediakan terowong haiwan ketika membina jalan baru nerentasi hutan belantara yang merupakan habitat semulajadi haiwan seperti monyet. Kaedah ini dilaksanakan dengan Berjaya di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat
November 2012
Pengarah Strategik PKR, Rafizi  membuat laporan polis di Seremban berhubung dakwaan pegawai kerajaan Negeri Sembilan yang terlibat membatalkan status Hutan Simpan Kekal Jeram Padang Selatan.
Pengerusi Kuil Batu Caves Datuk R Nadarajah akan menjadi antara orang yang pertama akan disiasat oleh Pakatan Rakyat kerana mempunyai kekayaan melampau oleh sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya selepas PRU-13, kata Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran.
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendakwa beliau mempunyai bukti baru bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) manipulasi daftar pemilih.
Adun Sikamat dari PKR, Aminuddin Harun mendedahkan tindakan Umno menggunakan kem tentera untuk satu program anjurannya dan kesal kenapa pihak tentera yang sepatutnya berkecuali dan ‘apolitical’ membenarkan premis mereka digunakan oleh parti politik.
Dalam usaha mengembalikan semula hak persatuan; Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Port Dickson (PPPKPD) bertindak mengutip sendiri wang tapak pasar malam di tapak Pasar Malam Batu 4 Port Dickson, setelah selama ini wang tapak Pasar Malam dikutip oleh pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
Seramai 16 peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco) dari Jempol membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seremban dan mendakwa bahawa ADUN Sungai Lui (BN), Datuk Zainal Abidin Ahmad menghasut penduduk kampung tersebut bagi menimbulkan suasana tegang di kalangan penduduk kampung Gatco itu sendiri.
Perbedaan antara peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco) dengan pemaju kawasan perladangan tersebut semakin meruncing apabila peneroka Gatco mendakwa mereka diserang lebih kurang 40 pemuda yang tidak dikenali.
Wakil peneroka C John berkata pada 28 November, pemaju telah menghantar kontraktor untuk menebang pokok getah di ladang mereka dan kontraktor itu telah menebang 43 pokok getah menggunakan jentolak.
Disember 2012
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof P Ramasamy turun padang ke Kampung Serampang Indah (Gatco) dan menawarkan diri menjadi orang tengah diantara peneroka Gatco dan syarikat Thamarai Holdings Sdn Bhd dalam menyelesaikan kemelut hak milik tanah perladangan Gatco yang berlanjutan sejak 35 tahun.
Keesokkan harinya 100 peneroka Gatco ditemani pemimpin Hindraf dan pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan mengadakan demostrasi aman di hadapan pejabat Menteri Besar untuk menyerahkan memorandum kepada Mohamad Hasan. Walaubagaimanapun usaha mereka gagal kerana Mohamad masih mengendalikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
Kempen berbasikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ selama 16 hari meliputi seluruh negara atas inisiatif Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) bermula di Seremban.
Menteri Besar Negeri Sembilan melahirkan rasa kesal apabila isu tanah Gatco dipengaruhi pihak lain yang cuba mengambil kesempatan.
“Kumpulan Hindraf dan pembangkang mula campur tangan dan seolah-olah seperti cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.
“Saya harap isu tanah perladangan Gatco ini tidak dipengaruhi oleh pihak lain,” kata Mohamad.
Setelah berkayuh dengan basikal selama empat hari menjelajah seluruh Negeri Sembilan, penganjurnya Jerit dan seramai 35 peserta kempen berbasikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0’ berjaya mengenalpasti tujuh isu baru di lokasi-lokasi tertentu sepanjang kempen tersebut.
Justeru itu peserta terbabit ditemani kepimpinan Jerit dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) cuba menyerahkan sebuah memorandum yang diberi nama ‘Memorandum Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0’ kepada Menteri Besar di hadapan Wisma Negeri, Seremban.
MIC Negeri Sembilan mengumumkan bahawa MIC Negeri Sembilan bersedia menampil diri untuk menyelesaikan krisis hak milik tanah perladangan peneroka Kampung Serampang Indah (Gatco) yang berlanjutan sejak 35 tahun lalu.
Pengerusi MIC Negeri Sembilan, Datuk T Rajagopalu berkata seramai 283 peneroka asal Gatco telah ditawarkan empat ekar tanah perladangan. Sementara 115 peneroka peringkat kedua yang membeli tanah perladangan daripada peneroka asal telah ditawarkan dua ekar tanah perladangan.
Ketua Cabang PKR Telok Kemang, M Ravi meminta bekas Naib Presiden MIC, Datuk M Muthu Palaniappan mengotakan janji beliau membawa masuk ahli MIC dari 80 cawangan di seluruh Negeri Sembilan ke dalam PKR. Muthu menyertai PKR pada tahun 2011.
Negeri Sembilan terpilih sebagai salah sebuah daripada 30 bandar atau negeri di dunia untuk menerima geran program ‘Cabaran Bandaraya Pintar IBM’ untuk tahun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan Negeri Sembilan akan menerima geran bernilai USD400, 000 dari IBM meliputi akses kepada beberapa pakar terkemuka IBM.
Adun Temiang Ng Chin Tsai (DAP) digantung daripada menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri kerana melabelkan BN sebagai kotor dan jahat.
Ibubapa, guru dan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Senawang di Sungai Gadut boleh menarik nafas lega apabila Mohamad Hasan mengumumkan sekolah tersebut bakal memiliki sebuah padang sekolah baru yang lebih besar dari padang sedia ada.
Konvoi Oren “Selamatkan Felda” peringkat Negeri Sembilan semalam tercemar apabila dua peserta konvoi cedera dan cermin sebuah kereta pacuan empat roda milik peserta  turut pecah.
Insiden berlaku berhampiran simpang masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Tampin apabila kira-kira 100 orang penduduk tempatan yang membawa bendera BN menghalang peserta konvoi seramai 200 orang  meneruskan perjalanan.
Bekas Naib Presiden MIC, Datuk Muthu Palaniappan berkata MIC akan kalah di semua kerusi yang parti itu bertanding pada PRU-13. Muthu juga berkata kepimpinan MIC sekarang hanya mengkayakan diri mereka dan bukannya berniat membantu masyarakat India.
Pengerusi MIC Negeri Sembilan juga membidas kenyataan Muthu dan sebaliknya menyifatkan Muthu sebagai orang yang tidak kenang budi. Rajagopalu berkata segala kemewahan yang dikecapi oleh Muthu sekarang adalah ketika Muthu menjadi Pengerusi MIC Negeri Sembilan dan menjadi Adunserta Exco kerajaan Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.