`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 19, 2013

BERI MANDAT NAJIB TANGANI ISU PATI



SEJARAH.....Kurup lari dan dilindungi polis ketika cuba diserang semasa penamaan calon PRU-12. Kurup menang tanpa bertanding. Pada Petisyen Pilihanraya Parlimen Pensiangan, Kurup Tewas. Tetapi menang di Mahkamah Rayuan.

PENSIANGAN : Rakyat Sabah perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri yang bersunguh-sungguh dan jujur menangani masalah pendatang tanpa izin, termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berkata usaha Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah tindakan berani dan luar biasa dan seharusnya diterima baik semua pihak di Sabah.
"Ini tindakan berani seorang perdana menteri untuk membantu rakyat Sabah menyelesaikan masalah berdekad-dekad yang membelenggu negeri ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan berupa atap zink di Kampung Simbuan, Sook dekat sini Jumaat.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata rakyat Sabah harus memilih BN pada pilihan raya umum akan datang sekali gus membolehkan pemimpin itu menyelesaikan masalah berkaitan.

"...semua rakyat Sabah harus sokong BN pada pilihan raya umum akan datang supaya tindakan seterusnya dapat diambil untuk mengatasi masalah itu. Apa jua pembangkang cakap, rakyat jangan terpedaya cakap-cakap mereka," katanya yang juga anggota Parlimen Pensiangan.

Penubuhan RCI dan pelantikan pengerusi serta anggotanya diumumkan Najib pada 11 Ogos tahun lepas untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah Isnin lepas dan berakhir hari ini.

Prosiding seterusnya akan diadakan pada 28 Jan hingga 1 Feb dan mulai 22 Feb hingga 27 Feb.

Pendengaran prosiding itu diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong selain anggota panel terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J.Luping. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.