`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, January 13, 2013

BUDAK U YANG CERDIK IKUT BERHIMPUN



Kata polis hanya 45,000 yang hadir HKR112. Itu dah dikira yang duduk di luar stadium. TV pun dengan angkuh meracau mengiakan berita ini sambil memuji perjumpaan rakyat dengan piem. Alahai...

Gasak demer nak kata ramei mana, kata kakak ipar Yong. Dia kemalangan motorsikal minggu lepas dan masih sakit kaki. Tapi datang juga. Berjalan perlahan-lahan. Abang Yong pulak mengalami osteoarthritis yang agak serius. Jadi, padanle demer berdua jalan slow-slow. Akhirnya sampai jugak.

Mulanya kami ikut kumpulan kuning diketuai kartunis Zunar dari Brickfield. Sebab kami jalan slow-slow, kami bertembung dengan budak-budak universiti yang dah berjalan dalam 8 km dari Universiti Malaya. Tahniah di atas keberanian komer semua. Tak sia-sia komer belajar tinggi-tinggi. Sudah jadi cerdik dan tahu membezakan antara yang betul dan yang salah.

Yong ingin kongsi beberapa gambar yang sempat diambil:

KUMPULAN KUNING DARI BRICKFIELD BARU NAK BERGERAK
Cuaca pun best. Redup jer. Kejap macam nak hujan. Tapi tak jadi. Cuaca pun tahu kita nak buat baik dan tak mahu kacau. Alhamdulillah!!

INI DIA PEMBAWA BANNER BUDAK U YANG CERDIK ITU
Takpelah budak-budak U nak tutup muka. Yong faham ada Naib Chancellor yang tak cerdik-cerdik walau dah jadi profesor dan masih tak reti konsep Freedom of Expression sebagai ciri utama Human Right.

BUDAK U MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA!

Budak U menuntut pendidikan percuma bukan untuk demer ye. Tapi untuk adik-adik komer dan anak-anak komer. Bior semua ada peluang belajar tinggi-tinggi. Jangan buat alasan kunun negara bankrap bila budak dapat belajar secara percuma. 

Sebenarnya negara bankrap sebab pemimpin ameno suka belanja mewah, korap, beli peralatan dengan harga mahal walaupun boleh dapat dengan harga yang berpatutan dan bagi projek kat kroni yang tidak layak!

Budak U tahu semua itu.

Bangkai tak boleh tutup dengan beg birkin!

ORANG CERDIK BILA BERCAKAP TIDAK GUNA KEPALA LUTUT

JOM UBAH

TOLAK UMNO. TOLAK BN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.