`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 8, 2013

CITARASA MALAYSIA




BUDAYA....Kepelbagaian makanan di Malaysia menggambarkan budaya kita yang pelbagai.

Oleh : NAJIB RAZAK

SAYA masih ingat apabila saya berpeluang menikmati sarapan pagi di Village Park, Damansara Utama. Saya telah banyak kali mendengar tentang nasi lemak di situ yang sangat terkenal dengan kelazatannya. Selepas menikmatinya sendiri, kelazatannya terbukti tidak mengecewakan!

Kita sangat bertuah kerana negara mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang hidup aman dan damai dalam semangat 1Malaysia. Antara kelebihannya adalah apabila kita dapat menikmati beberapa makanan paling lazat di dunia yang terdapat di negara kita. Sudah pasti semua kenal dengan kelazatan kuay teow goreng Penang dan Laksa Johor.
Setiap bangsa di negara kita mempunyai makanan istimewa tersendiri yang menepati citarasa kita semua. Saya masih ingat, semasa di United Kingdom satu ketika dulu, ada kalanya saya merindui makanan tempatan yang tidak mungkin boleh kita dapati di mana-mana negara di dunia ini.

Kelazatan makanan tempatan cukup dikenali di seluruh dunia. Kepelbagaiannya cukup unik malah ia sering kali diceritakan di platform antarabangsa termasuk CNN. Masyarakat seluruh dunia seringkali memuji makanan kita setiap kali mereka melawat negara ini dengan menggunakan pengaruh media sosial. Ini sekali gus memberi impak yang baik kepada industri pelancongan negara.

Selain kelazatan serta kepelbagaian jenis makanan, negara kita juga dikenali sebagai pendahulu hab halal di seluruh dunia. Halal Industry Development Corporation (HDC), sentiasa memastikan agar kita dapat mengekalkan standard pada tahap paling tinggi dalam pengeluaran makanan halal.
Secara keseluruhannya, ia telah menyumbang kepada kita sebanyak RM16 bilion untuk aktiviti eksport selain menarik lebih RM1 bilion Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara ini.

Bajet 2013 lalu juga turut memastikan agar momentum kecemerlangan ini dapat diteruskan dengan menyediakan modal kerja kira-kira RM200 juta kepada usahawan kecil dan sederhana yang mengeluarkan produk makanan halal.

Kepelbagaian jenis makanan itu sekali gus menggambarkan kepada semua betapa negara kita ini kaya dengan budaya yang pelbagai. Setiap makanan yang terdapat di negara kita ini semuanya adalah kerana kepelbagaian cara hidup dan selera setiap bangsa di Malaysisa. Ia sedikit sebanyak merupakan asas kepada kejayaan negara hari ini.

Jadi, apakah makanan kegemaran anda?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.