`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 12, 2013

Fuhh...Kejayaan Himpunan Umno Ini Diluar Jangkaan..


KUALA NERANG - Lebih 12,000 orang berhimpun secara aman di Charok Batang Padi berhampiran Tasik Pedu di sini semalam bagi membantah penerokaan kawasan hutan yang mengundang bencana alam dan menjejaskan sumber air negeri ini pada masa depan.

Kumpulan itu yang menaiki 238 buah bas dari seluruh negeri Kedah, selain penduduk Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berhimpun selama tiga jam di kawasan tersebut bermula pukul 3 petang.

Mereka turut menyatakan kebimbangan terhadap aktiviti pembalakan di situ menerusi sepanduk tertera tulisan Pembalakan Tanpa Kawalan Kerajaan Negeri Akibatkan Hakisan, Pertanian di Kawasan Takungan Akibat Rakyat Minum Air Racun dan Baja serta Kawasan Tasik Pedu Untuk Tadahan Hujan, Bukan Untuk Pembalakan.

Selain berhimpun secara aman, peserta bantahan itu turut meninjau kawasan hutan yang telah digondol atas alasan untuk melaksanakan projek ladang buah-buahan.

Pengerusi Gerakan Protes Aman Pembalakan Tasik Pedu, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, perhimpunan itu mencapai matlamat menerusi sambutan luar biasa dalam kalangan penduduk negeri ini dan luar yang mahu meninjau sendiri kerakusan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

JuRaGan : Sah..Makcik dan Pakcik kena tipu..kata nak bawak pegi rombongan,,Tapi kena singgah dulu di Tasek Pedu,nak tengok pemandangan..kuah3..Memanglah mencapai matlamat..kalau dah diusung menaiki bas dengan duit rakyat...hanya orang bodoh saja akan cakap himpunan ini berjaya dengan sambutan yang luar jangkaan,kera dalam hutan di  Tasek Pedu pun akan gelak tengok kelibat bangang Umno nii...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.