`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 10, 2013

Gelagat Memalukan Seorang Isteri PM..


KUALA LUMPUR 10 Jan: Menjelekkan apabila Datin Seri Rosmah Mansor berbelanja mewah tetapi rakyat miskin yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian hanya diberi makan sisa roti menerusi Program Roti 1Malaysia.

Naib Ketua Wanita KEADILAN, Norsham Abu Samah berkata, isteri Perdana Menteri tidak ikhlas dan berpura-pura baik membuat amal kebajikan dengan meminta lebihan roti daripada hotel mewah dikutip untuk diberi kepada golongan daif.

“Untuk bantu golongan miskin tapi beri roti lebihan amat menjengkelkan. Agaknya Rosmah tiada naluri keibuan. Memberi makan kepada orang yang memerlukan mestilah makanan berkualiti, bukannya sisa.

“Mungkin orang Umno BN rasa bangga dengan sikap Rosmah, tetapi sebenarnya tindakan beliau itu tidak patut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mempersoal Rosmah kerana memperlekeh golongan kurang kemampuan.

“Kebajikan apa namanya jika bantuan yang disampaikan umpama tidak ada perasaan. Kalau nak tolong, biar makanannya elok. Ini buktinya Umno BN tiada belas kasihan kepada orang miskin.

“Mereka hanya tahu bolot harta negara. Lebihannya baru difikirkan untuk diberikan kepada rakyat,” ujar Haniza.

Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, dan golongan memerlukan.

Rosmah semasa pelancaran program tersebut 7 Januari lalu malah merayu agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata) di bawah naungannya. ~kd

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.