`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 13, 2013

HISHAMUDDIN DIGESA LULUSKAN PPRS





Saudara Pengarang,

PARTI Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) didaftarkan pada 20 Mac 2008 selepas PRU-12 dengan hasrat memperjuangkan pembelaan kepada hak rakyat dinegeri Sabah sepertimana parti parti lain dalam komponen BN dan juga pembangkang diSabah.

Kini PPRS sudah menjangkau lebih 4 tahun tetapi masalahnya Pendaftar Pertubuhan Malaysia (PPM) belum memberi kelulusan pendaftaran PPRS sedangkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan yang lalu telah memberi kemenangan kepada PPRS yang diterajui oleh Haji Mohd Arshad Abd Mualap selaku Presidennya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan PPM untuk mengambil keputusan dalam masa 14 hari namun PPM engkar atau enggan mengambil keputusan sebaliknya menyerahkan pula kepada Menteri Umno iaitu Menteri Dalam Negeri untuk mengambil keputusan.

Apakah ini suatu tindakan Menteri Dalam Negeri dan PPM membelakangkan Undang Undang Pertubuhan Malaysia yang boleh memberi kelulusan PPRS?

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen tidak ada sebab Menteri Dalam Negeri dan PPM tidak mahu luluskan PPRS.

Apakah BN atau UMNO itu takutkan dengan kelahiran PPRS sebuah parti berbilang kaum yang inginkan Perubahan Pemerintahan di Sabah.

PPRS menyuarakan kehendak perasaan rakyat Sabah dari kalangan KDM agar Menteri Dalam Negeri Dato'Seri Hishamuddin Tun Hussin supaya tiada halangan lagi untuk PPM memberi kelulusan pendaftaran PPRS dengan segera.

Jikalau tidak diluluskan, maka undi penyokong penyokong PPRS akan ditentukan pada PRU-13 kelak.

Sekian,

SAUMIN JIDANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.