Akur dengan persetujuan yang diberikan polis bagi membenarkan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Barisan Nasional nampaknya hampir mati kutu bagaimana mahu menggagalkan rancangan Pakatan Rakyat yang sudah diatur sejak kelmarin.
Tidak sampai 24 jam menjelang himpunan itu yang dijadualkan di Stadium Merdeka esok, penduduk Lembah Klang dibanjiri SMS yang menjemput mereka ke satu lagi ‘Himpunan Rakyat’.“Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih jam 9.00 pagi. Mari meriahkannya. Sayangi Selangor Yakini BN”. Begitulah kandungan SMS itu yang diperolehi sebentar tadi.
Perdana Menteri, Najib Altantuya dijangka menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Progresif India (IPF) di Dataran Tesco itu.
Perdana Menteri, Najib Altantuya dijangka menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Progresif India (IPF) di Dataran Tesco itu.
SMS itu juga termasuk mengandungi kata-kata ‘Sayangi Selangor Yakini BN’sama seperti motto BN Selangor.
Perkara itu pertama kali dikesan di laman rangkaian sosial dalam mesej yang diposkan oleh warga siber Lembah Klang, yang kebanyakannya mengadu mesej itu dihantar ke telefon mereka.
“Macam mana nombor 6014XXXXXXX mendapat kontak saya untuk memberitahu saya mengenai acara PM … hmmm…,” tanya seorang pengguna Facebook.
Ini dijawab oleh orang lain yang membangkitkan soal Akta Perlindungan Data.
‘Stadium Merdeka vs Tesco Semenyih’
Kiriman SMS itu juga menerima cemuhan yang sama di lama sosial Twitter.
“Berbicara tentang KL112 ni, tadi saya dapat mesej jemputan Himpunan Rakyat Bersama PM yang berlangsung esok. Saya dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena, LOL,” demikian menurut satu lagi mesej.
Sementara itu, pengguna lain bergurau dengan berkata orang ramai patut mengelak ke Tesco esok.
Sementara itu, pengguna lain bergurau dengan berkata orang ramai patut mengelak ke Tesco esok.
Ada yang melabelkan dua perhimpunan itu esok sebagai perang raksasa antara Pakatan Rakyat dan BN, dan menggelarnya “Stadium Merdeka vs Tesco Semenyih”.
Perhimpunan Semenyih adalah sebahagian daripada gerak gempur perdana menteri selaku pengerusi perhubungan Umno Selangor menjelang pilihanraya umum.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.