`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 21, 2013

JANGAN TERNAK HARUAN DI ATAS JALAN!




ROSAK...CHONG menunjukkan jalan yang berlubang-lubang kerana tidak pernah diselenggarakan sejak setahun lalu.

Oleh : SAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE A JUMADI

KEROSAKAN jalan yang terletak di kawasan Rumah Warga Tua Seri Harapan, KM8.6, Jalan Sibugaselama hampir setahun dibiarkan begitu sahaja kerana tiada pihak yang mahu mengambil tahu sehingga telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pengguna setempat.

Naib Pengerusi MCA Bahagian Batu Sapi, Chong Thai Moi yang membuat lawatan bersama jurufoto Sabahkini.Net ke lokasi berkenaan telah menunjukkan terdapat lebih 10 lubang besar di permukaan jalan tersebut yang boleh menternak ikan Haruan.
Kata Chong, jalan ini sering dilanda banjir bila hujan berterusan seharian dan ini telah menyulitkan penduduk setempat yang menggunakan jalan tersebut sebagai laluan utama mereka.

"Memandangkan kedudukan kawasan tersebut di bawah naungan Parlimen Batu Sapi dan DUN Sekong, maka saya merayu kepada kedua-dua wakil rakyat ini agar dapat menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan yang dimaksudkan dengan seberapa segera,” rayu Chong.

Chong menambah, jika perkara ini diketahui lebih awal oleh parti pembangkang, maka sudah tentu akan menjadi isu besar dan propaganda untuk menghentam kelemahan pentadbiran kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.