`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 14, 2013

KAFA MAMPU LAHIRKAN INSAN KAMIL




SALAM....Azizah bersalaman dengan guru Kafa pada majlis Ramah Mesra Kafa Daerah Beaufort sambil di perhatikan Kamarlin(kiri) dan Mohd Said (dua kiri).

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Guru-guru Kelas Fardhu Ain dan Al-Quran (Kafa) Guru Kafa mampu meyumbang dalam memartabatkan Islam melalui usaha melahirkan modal insan kamil iaitu umat Islam yang beriman dan beramal soleh.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata guru-guru Kafa menjadi penyumbang yang penting dalam memberi pendidikan keagamaan kepada anak-anak di peringkat akar umbi.
Kerajaan sejak dahulu lagi bertanggungjawb dalam mempertingkatkan syiar Islam dan Kafa adalah salah satu cabang usaha melahirkan modal insan terbaik dikalangan umat Islam.

"Justeru itu sumbangan guru-guru Kafa adalah amat penting untuk mencapai matlamat penubuhan Kafa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Ramah Mesra Kafa Daerah Beaufort di Deawan Pa' Musa di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi; Pengerusi Jawatankuasa Kafa Daerah Beaufort yang juga Penolong Pegawai Dearah Beaufort, Mohd Shaid Othman; Imam Daerah Beaufort, Jalin Samarlih dan Pemimpim Kemajuan Rakyat Dun Lumadan, Ahmad Momin.

Azizah yang juga Adun Klias berkata kewujudan Kafa juga telah memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai ilmu dan pegetahuan dalam aspek keagamaan dan ianya adalah kerja yang murni.

“Dengan adanya Kafa, akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Dalam masa sama kerajaan yang ditadbir oleh Barisan Nasional telah juga memberi perhatian yang serius terhadap kebajikan guru-guru Kafa agar mereka dapat menjalankan tugas dengan selesa kerana kerajaan menyedari bahawa guru-guru kafa merupakan penyumbang yang penting dalam mendidik anak-anak umat Islam di peringkat akar umbi.

“Bagi pihak rakyat di Dun Klias, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru Kafa dan ingin saya maklumkkan bahawa pihak kita (Pejabat Adun Klias) juga telah melaksanakan pelbagai program keagamaan kerana kita menyedari bahawa setinggi mana pun kejayaan kita di dunia ini, akhirnya kita akan kembali kepada Allah SWT,” katanya sambil meminta guru kafa mengekalkan perpaduan dan sentiasa bekerjasam demi kesinambungan usaha para ilmuan Islam terdahulu.

“Pastikan kita berada dalam landasan yang benar dan jangan benarkan kita dipecahbelahkan; kerana apabila kita berpecah belah kita akan menjadi lemah. Belajarlah dari sejarah yang telah membuktikan kegemilangan Islam runtuh kerana perpecahan ummah. Marilah bersama-sama dengan kami (pemimpin) dalam usaha yang murni ini,”

Azizah yang juga Ketua Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) yang baru dipilih dalam Mesyuarat Agung Usia 2013 baru-baru ini, memberitahu bahawa bantuan buku teks untuk pelajar-pelajar sekolah Agama akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri seperti yang diumumkan oleh ketua Menteri, Datuk Seri Penglima Musa Aman dalam pembentangan Bajet 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.