`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 10, 2013

Kalimah Allah - Pakatan Rakyat vs Sultan Selangor



 
 
Sumber video clip ini adalah daripada beberapa sumber yang dihasilkan sendiri oleh penganut agama lain selain Islam terutamanya Yahudi dan Hindu. Jika umat Islam ingin mengatakan hanya mereka yang boleh menggunakan perkataan Allah, maka agama lain juga boleh berkata sedemikian dan mereka lebih dahulu daripada Islam di dalam mempergunakan perkataan Allah. 
Oleh itu, kerajaan perlu berhati-hati di dalam menggunakan penasihat agama mereka di dalam hal ini kerana penasihat mereka adalah terdiri daripada para ulama. Baginda saw memang pernah bersabda bahawa ulama adalah pewaris Nabi tetapi Nabi junjungan kita ini juga pernah bersabda ulama adalah sehina-hina makhluk di bawah kolong langit.

Sepatutnya kita jangan hanya merebut ingin menggunakan nama Allah swt tetapi berlumba untuk tarik kecintaaan-Nya, Allah swt Yang Maha Pengasih dan Penyayang sudah pasti tidak suka kepada keganasan dan peperangan serta permusuhan. Dalam aspek ini sudah memadai kita perlu berhenti mempermainkan isu agama, apalagi nama Allah swt. Apakah Allah swt akan senang jika ada pihak mahu menghalang nama-Nya disebut oleh hamba-Nya.

Tentang penyalahugunaan nama Allah, biarlah Allah swt sendiri yang akan menghukum mereka. Jika para pengganas membunuh dan mengebom dengan menyebut Allahu Akbar, apa kekuatan kita untuk menghalangnya, begitu juga jika umat Kristian ingin merujuk Jesus sebagai Allah, apakah kekuasaan kita untuk memberhentikannya. Allah swt sendiri yang pasti akan membongkar setiap pembohongan, janganlah kita bimbang kerana Islam ada Pemilik dan Penjaga-nya.

Yang lucu, ada pihak ingin menjadi jaguh Islam atau kononnya pembela Allah swt tetapi kehidupannya penuh dengan pembohongan dan berfoya-foya serta melakukan syirik kerana lebih mengutamakan kedudukan, kekayaan dan keduniaan daripada Allah swt. Apakah golongan ini akan dibiarkan? Hati-hati Allah swt semakin dekat untuk menampakkan kekuasaan-Nya untuk menghukum mereka yang telah melampau mempersendakan dan menjual nama Allah swt untuk kepentingan peribadi dan keduniaan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.