`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 20, 2013

Kes I/C. Jom dengar penjelasan Tunku Abdul Rahman mengenai Mahathir!


Ramai yang terkejut apabila mantan Perdana Menteri, Dr.Mahathir Mohamad tiba-tiba membuat tuduhan melulu mengatakan “Bapa Kemerdekaan Negara”Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj (foto) telah terlibat memberikan taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka. Kenyataan yang dibuat oleh Mahathir itu adalah bertujuan untuk menutup isu penglibatan beliau sebagai “mastermind” projek IC di Sabah yang sedang disiasat oeh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) sebenarnya.
Mahathir menjadi serba salah apabila saksi-saksi utama siasatan kes tersebut mendakwa orang kanan beliau seperti Aziz Shamsuddin dan Megat Junid terlibat secara langsung dengan skandal ini. Mahathir bimbang rakyat akan melihat beliau sebagai “pengkhianat negara” maka itulah dia gusar andainya Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Oleh itu beliau rela lakukan apa saja bagi memastikan UMNO BN akan terus berkuasa. Oleh kerana kenyataan Mahathir terhadap Tunku ini dibuat ketika Tunku sudah tiada lagi di dunia ini, maka biarlah video di bawah ini menjawab segala persoalan yang diperkatakan oleh Mahathir.
Biar rakyat yang menilai kenyataan “Bapa Kemerdekaan Negara” ini. Ingatlah, “lampu ajaib” kini berada di tangan rakyat jelata, gunakan akal untuk  memilih kerajaan yang lebih bertanggungjawab bagi kehidupan yang lebih aman dan selesa di masa akan datang. Mahathir boleh cakap apa saja pasal Tunku Abd Rahman sebab beliau sudah tiada di atas muka bumi ini. Namun, sedarkah rakyat banyak benda yang dilakukan oleh Mahathir untuk merosakkan UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.
**************************************************************
Seterusnya jom baca kata-kata pakar undang-undang Prof. Aziz Bari berkenaan tuduhan Mahathir. Baca:

Mahathir Biadap, Buta Sejarah – Prof. Aziz Bari

KUALA LUMPUR 20 Jan – Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari. 
 
Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.
 
“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”
 
“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British.
 
Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,”“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. 
 
Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily.
 
“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau. 
Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.“Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. 
 
Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.“Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. 
 
Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,” tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini. 
Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata “Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.
 
“Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. 
Perkara ini berlaku di seluruh dunia,” tegas Aziz.“Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.“Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. 

Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku,” ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.