`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 12, 2013

Kita berjaya mendidik kerajaan, polis dan lain-pihak yang selama ini angkuh



Kita berjaya mendidik kerajaan, polis dan lain-pihak. 

Kejayaan perhimpunan hari ini adalah sesuatu yang kita tuai dari perhimpunan-perhimpunan sebelumnya.

Kita didik mereka, terutamanya para pemimpin BN yang akuh dan sombong agar memahami hak-hak rakyat dan memberikannya. 

Mereka menafikannya sebelum ini. Namun hari ini, mereka terpaksa akur.

Kita telah membuktikan bahawa selama ini kita betul dan juga membuktikan bahawa selama ini mereka salah.

Kita menyatakan bahawa berhimpun secara aman hak kita. Berlaku kekecohan kerana tiada kerjasama yang sepatutnya dari pihak yang berkenaan.

Hari ini kita buktikan bahawa perhimpunan kita aman jika tiada provokasi.

Kita buktikan hari ini masalah lalu lintas dapat diatasi dengan adanya kerjasama dari semua pihak.

Kita buktikan hari ini bahawa para peniaga boleh mendapat untung berlipat ganda dari perhimpunan aman ini.

Kita buktikan bahawa kita hormat dan kasih kepada anggota polis apabila mereka benar-benar menjalankan tugas mereka.

Kita akan buktikan bahawa BN akan ditolak dalam pilihanraya akan datang.



Hishamuddin Abdul Aziz

GAMBAR MENARIK  #HKR 112KL KLIK SINI


 - canang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.