THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

Sunday, January 13, 2013

#KL112. Jom baca komen Berita Harian!

Perhimpunan KL112 jejaskan perniagaan

KUALA LUMPUR: Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut mendakwa kerugian berikutan perhimpunan didukungi pembangkang hari ini menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu.
Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.
Pekerja sebuah kedai aksesori telefon di Jalan Raja Laut, Omiratna Abas, 19, berkata kedainya tidak dikunjungi pelanggan selepas dibuka pagi tadi.
“Pelanggan kami kurang hingga 80 peratus. Saya lihat kedai makan dan kawasan ini juga lengang sedangkan pada hujung minggu, selalunya pelanggan kami ramai,” katanya.
Peniaga Sate Kajang Haji Samsuri di Medan Mara, Romi Yuli, 30, berkata perniagaannya pasti terjejas setiap kali ada perhimpunan seperti itu.
“Walaupun kedai dibuka tetapi kurang pelanggan,” katanya yang mengusaha perniagaan itu sejak tiga tahun lepas.
Penjaja makanan, Charles Kato, 26, pula terpaksa sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi mencari pelanggan.
“Saya baru pulang dari Sabah…saya tidak tahu mengenai perhimpunan hari ini. Susah mahu berniaga kerana perhimpunan ini menjejaskan perniagaan saya,” katanya.
Tinjauan Bernama di kedua-dua kawasan itu juga mendapati beberapa kedai menutup perniagaan kerana bimbang kemungkinan kejadian tidak diingini berlaku.
Seorang peniaga kain di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ahmed Bukhara, 43, berkata premisnya terpaksa ditutup kerana keadaan yang sesak dengan peserta perhimpunan.
“Keadaan ini menyebabkan pelanggan tidak mahu datang. Saya tidak suka kerana sebabkan kami rugi…susah nak berniaga,” katanya.
Keadaan di Jalan Petaling, yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari negara Arab, juga tidak banyak bezanya apabila ramai peniaga mendakwa sukar berniaga kerana perhimpunan itu.
Kebanyakan pelancong telah diingatkan oleh pengusaha hotel supaya tidak ke kawasan itu hari ini.
Sementara itu, beberapa warga kota yang ditemui juga merungut apabila himpunan itu menjejaskan perancangan hujung minggu mereka.
Penjawat awam, Zulfahmi Syafiq, 25, kecewa kerana terpaksa membatalkan hasratnya dan keluarga membeli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang melampau.
Norizah Hasan, 26, pula terpaksa membatalkan hasratnya mengambil kursus perkahwinan di sebuah premis di kawasan itu kerana bimbangkan keselamatan selain kesesakan lalu lintas.
Norizah, dari Kampung Baru di sini berkata beliau akan berkahwin pada Mac depan dan telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus itu hari ini dan esok.
Seorang guru, Mohd Kadir Abdullah, 42, pula menyifatkan kesesakan lalu lintas di kawasan Tuanku Abdul Rahman adalah sangat luar biasa ekoran perhimpunan itu.
Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa marah mereka terhadap perhimpunan itu melalui laman sosial Facebook dan Twitter masing-masing.
Firdaus Ashraf menyifatkan perhimpunan itu sebagai terlalu fanatik kerana mengganggu aktiviti harian warga kota. – BERNAMA

Kah Kah Kah!
Jom tengok gambar dari kawan aku kat bawah:
Peniaga di CM kerugian sebab ramai orang makan sampai clear….
RnR Sg Buluh aku x dapat singgah sebab

Bas aku x dapat parking ..gitu juga RnR Rawang penuh..

Last singgah RnR Tapah gitu juga penuh...

Tengok neh berebut orang cari makanan..

Mcm mana dalam TV kata peniaga akan rugi kerana HKR..

Benggong betui prooaganda tibi
RnR PLUS menanggung kerugian besar! hahaha

- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.