`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 11, 2013

#KL112. Ketahui hak anda sebagai rakyat jika ditangkap pihak berkuasa


oleh: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers For Liberty (LFL)

KUALA LUMPUR 11 JAN: Jika anda ditangkap pihak berkuasa dalam Perhimpunan Kebangkitan Rakyat esok, jangan panik, sebaliknya ambil maklumat berkaiatan  nama anggota polis, masa dan balai mana akan dibawa.
Kemudian, hantar pesanan ringkas kepada mana-mana peguam yang bertugas pada HKR dengan menyatakan  butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan balai mana ditahan.
Mana-mana rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa berhak mengetahui sebab-sebab tangkapan, membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga dan peguam, selain berhak boleh berjumpa peguam.
Jika anda dinafikan hak untuk berjumpa peguam, orang ramai boleh menggunakan hak berdiam diri mengikut Seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah dan hanya memberi maklumat berkaitan nama, alamat, nombor kad pengenalan dan tidak menjawab selain dari itu.
Contohnya ialah menjawab dengan hanya berkata: “Saya akan jawab di mahkamah” atau “Saya gunakan hak berdiam diri mengikut Seksyen 112 (2) Kanun Keseksaan.”
 media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.