`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 10, 2013

Merasmi Dan Menyerahkan Pondok Pengawal Kepada SRJK Tamil West Country Barat. Turut Agihkan Beg



West Country Barat adalah sebagai saudara kembar bagi West Country Timur (Seksyen 5 BBB). Walaupun West Country Barat (di pinggir UNITEN dan berhadapan di Seberang  HospitalSerdang) tidak termasuk di bawah Dun Bangi tetapi segala urusan dari pihak negeri dianggap sebahagian dan bersama dengan West Country Timur (Seksyen 5 BBB). Pada asalnya pekerja-pekerja ladang di kedua tempat adalah di bawah satu syarikat. Kedua-dua tempat mempunyai penempatan pekerja-pekerja ladang India. Kedua-dua tempat mempunyai Sekolah Tamil. Tapi SRJK(T) West Country Barat seolah-olah berada di bawah Dun Bangi. Bantuan persekolahan adalah melalui Adun dan Adun juga menyalurkan sebahagian dari peruntukan tahunan kepada SRJK(T) Country Barat. Misalnya pada pertengahan tahun 2011 SRJK(T) West Country Barat berkenaan memohon dari Adun peruntukan untuk membina Pondok Pengawal bagi menjaga keselamatan Sekolah dan keluar masuk pengunjung. Pondok Pengawal sedemikian telah dibina sebelumnya di SRJK(T) West Country Timur BBB. Permohonan tersebut telah diluluskan oleh Adun Bangi sejumlah RM5,000. Pondok Pengawal telah dibina dan siap pada bulan Disember 2012.
Pada pagi ini Adun bersama saudara Azizi dan Shahrum datang ke SRJK(T) West Country Barat dengan tujuan untuk Merasmi dan Menyerahkan Pondok Pengawal Tersebut. Turut sama hadir untuk acara penyerahan ini Y.B. Puan Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bersama pengiringnya saudara Elex. Majlis ringkas diadakan di dalam bilik Sekolah. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Wakil Guru Besar Puan Sapu Litchmy. Turut sama En. Muniandy Wakil PIBG, Puan Shanti (guru) dan seorang dua ibu bapa. Pihak Guru Besar memberitahu, bahawa Sekolah mempunyai 93 murid yang kebanyakan dari Balakong dan ada 11 guru.
Y.B. Puan Teo Nie Ching memberitahu bahawa setiap tahun kerajaan negeri Selangor memperuntukkan bantuan kepada SJK(C), SJK(T) dan Sekolah Agama Rakyat sebanyak RM16 juta dalam mana RM4 juta daripadanya ialah untuk SJK(T). Beliau mau pihak Kerajaan Persekutuan memperbaiki kemudahan dan penambahan bangunan bagi Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda.
Adun Bangi menyebut bahawa, SRJK(T) tidak asing bagi Adun dan setiap tahun Adun datang membawa peruntukan dan juga beg sekolah. Kerajaan Negeri Selangor juga membina bangunan bagi tambahan kelas. Kali ini Adun datang bagi merasmi dan menyerahkan Pondok Pengawal bersama Y.B.Teo Nie Ching. Juga bagi mengagihkan beg-beg Sekolah.
Selepas ucapan Adun Bangi, Y.B. Teo Nie Ching, Puan  Litchmy, Shanti, En. Muniandy guru dan beberapa AJK Sekolah dan beberapa ibu bapa ke Pondok Pengawal. Upacara memotong reben depan pintu Pondok Pengawal dilakukan oleh Adun Bangi dan Ahli Parlimen Serdang. Selepas perasmian, ada aduan dari En. Muniandy, bahawa Pondok Pengawal belum ditarik wire electric, menyebabkan kipas belum dapat digunakan, manakala dari hadapan pintu Pengawal ke tepi jalan perlu dibuat jalan laluan. Adun menyatakan, ``Itu adalah perkara mudah, cari wireman sambung wire dan buat jalan pendek boleh beli satu dua beg semin dan buat jalan. Boleh buat gotong royong atau upah pekerja. Kalau perlu sedikit sebanyak peruntukan, boleh buat permohonan.
Selepas Perasmian Pondok Pengawal Adun bersama Y.B. Teo bergerak ke hadapan Sekolah  dalam mana semua murid-murid berbaris di hadapan Sekolah. Di sini Adun dan Y.B. Teo membahagikan setiap orang murid (93) dan juga 10 murid Tadika menerima satu beg masing-masing. Kata Y.B. Teo, ``Bagus semua murid pakai beg sama jenama Selangor, cantik dan menarik !``
Sebelum bertolak pulang Adun sampaikan 2 salinan bagi setiap buku `Bangi Bandar Ilmu` dan buku `Gagasan Bangi` kepada Guru Besar untuk Perpustakaan Sekolah.
Sekian

- drshafie.blog

1 comment:

  1. setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang EYANG WORO MANGGOLO katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama EYANG WORO MANGGOLO
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak EYANG
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI EYANG WORO MANGGOLO 0823-9177-2208
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi EYANG tidak perna meleset
    saya jamin EYANG WORO MANGGOLO tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.