`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 10, 2013

MUNGKIN NORHAYATI BAWA AHLI HANTU?




PEMECATAN....Armah menunjukkan surat pemecatan Norhayati daripada UMNO Batu Sapi.

Oleh : SHAIMON S JUMADI.

KETUA Cawangan UMNO Tanduk Kampung Cenderamata, Batu Sapi II, Armah Abu Bakar (gambar) menyelar kenyataan mantan Ketua Wanita UMNO Tanduk, Norhayati Ajarai yang mendakwa kononnya seramai 350 ahli UMNO cawangan kampung tersebut menyertai PKR Cabang Batu Sapi seperti yang tersiar di Portal Sabahkini.Net pada 31 Disember lalu kerana merupakan satu pembohongan yang nyata.

Kata Armah, kenyataan Norhayati tidak berasas sama sekali kerana jumlah keahlian UMNO Cawangan Tanduk hanya berjumlah 113 sahaja; dari mana datangnya 237 orang lagi.
"Mungkin dia bawa ahli hantu kerana kesemuanya masih bersama UMNO," kata Armah dengan nada sinis.

Tambah Armah, ekoran tindakan Norhayati yang keluar dan meninggalkan UMNO, kemudian menyertai PKR yang dianggap sebagai petualang; maka beliau telah dipecat dan digugurkan keahliannya daripada Cawangan UMNO Batu Sapi.

Armah menambah, tindakan memecat atau menggurkan Norhayati daripada UMNO Batu Sapi dibuatmelalui satu keputusan mesyuarat khas cawangan Tanduk yang diadakan kelmarin setelah dipersetujui oleh semua ahli-ahli UMNO cawangan berkenaan.

“Dengan ini, saya memaklumkan bahawa Norhayati telah dipecat dari jawatannya dan kini digantikan serta merta oleh Nursik Baralun sebagai Ketua Wanita Cawangan (sebelum Naib Ketua Cawangan).

Manakala jawatan Naib Ketua Cawangan UMNO berkenaan telah disandang oleh Yusrina Latip dan perlantikannya telah disokong dengan sebulat suara oleh semua ahli UMNO cawangan berkenaan.

Kata Armah lagi, walaupun Norhayati telah keluar daripada UMNO dan menyertai parti pembangkang; sedikitpun tidak menggugat kekuatan perjuangan UMNO Batu Sapi.

"Malah pemergian Norhayati daripada UMNO amat dialu-alukan dan merupakan satu rahmat kepada UMNO Batu Sapi; khususnya Cawangan Tanduk kerana kami tidak mahu menyimpan orang yang diibaratkan duri dalam daging," kata Armah.

Armah menjelaskan, UMNO Batu Sapi di bawah kepimpinan Datuk Hj Samsudin Yahya sebagai Ketua Bahagian UMNO akan terus berjuang untuk membela nasib rakyat dalam aspek pembangunan, selaras dengan slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan janji ditepati.

Kata Armah, beliau agak sedih kerana perjuangan politik Norhayati tumpas di tengah jalan setelah bersamaa UMNO sejak 20 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.