`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 9, 2013

MUNGKINKAH LELAKI INI PENGUNDI HANTU?



CEMAR....Tidak tahu angkara siapa yang mencemarkan nama baik Perdana Menteri dengan menghantar slip ini ke alamat saya yang di belakang gambar PM tercatat maklumat pengundi hantu ini?

Saudara Pengarang,

SEORANG lelaki tidak dikenali, Mohd Taufiq Abdullah @ Yen Chin Bin Awing telah menggunakan alamat rumah saya sebagai alamat rasminya, sedangkan saya tidak mengenalinya; mungkin pengundi hantu di Sepanggar, apatah lagi menerima slip ucapan terima kasih dan pengesahan daripada Barisan Nasional.

Mohd Taufiq Abdullah @ Yen Chin Bin Awing telah menggunakan alamat rumah saya di Lot 11, Rumah Murah, Peringkat 2, Kg Likas, 88400 Kota Kinabalu untuk pelbagai urusan.
Buktinya saya menerima banyak surat atas nama beliau, salah satunya daripada Jabatan Imigresen Malaysia bertarikh 15 Disember 2012 berhubung permohonan pengeluaran Visa bagi Omar Rahman Sherzada oleh lelaki berkenaan. Saya tidak fikir Jabatan Imigresen salah alamat kerana wujudnya permohonan.

Malangnya saya tidak dapat mengesan nombor kad pengenalan lelaki berkenaan, namun berharap agar SPR bertindak segera menjalankan siasatan dan menghubungi saya di alamat yang sama untuk tindakan pembersihan.

Salam Hormat,

UZEAR AYUM


  • Dislike

    No comments:

    Post a Comment

    Note: Only a member of this blog may post a comment.