`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, January 8, 2013

NUR EFFA DIBUNUH?



SUGUL.....Nor Liana dan Ringkasan kelihatan sugul semasa ditemui di kediaman mereka di Kg Salimbangun, Semporna.

Oleh : AMIR ANUAR

SEMPORNA: Pihak polis kini mengklasifikasikan kes kematian Nur Effa Sahira Ringkasan, 6, sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana wujud kecederaan meragukan di kepala mangsa hasil daripada bedah siasat yang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Firdaus Francis Abdullah yang mengesahkan perkara itu mendedahkan bahawa selepas siasatan lanjut dijalankan didapati terhadap kecederaan di bahagian kepala kanak-kanak itu dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
“Laporan bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di kepala iaitu retak di bahagian kanan dan diharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini segera menghubungi ASP Zairolnizam di talian 089-781222,” katanya.

Sementara itu, Nor Liana Kello, 28, ibu kepada kanak-kanak perempuan terbabit yang ditemui meninggal dunia di dalam tong dram selepas beberapa hari dilaporkan hilang mengakui tidak menyangka insiden tragis yang menimpa anak kesayangan mereka.

Beliau akui berasa sedih untuk memikirkan nasib yang menimpa anak perempuannya kerana arwah merupakan seorang anak yang manja dan masih menyusu walaupun sudah hendak memasuki alam persekolahan.

” Saya mengakui berasa terkilan sebab tidak dapat menghantar Effa ke sekolah kerana dia begitu teruja hendak memulakan sesi persekolahannya memandangkan kawan-kawannya di sini (Kg Salimbangun) sudah bersekolah,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda luar biasa ataupun sikap yang ganjil sebelum kehilangannya disedari oleh mereka selain keterujaan yang ditunjukkan oleh arwah untuk bersekolah kerana segala-galanya seperti berjalan dengan lancar.

Ayah Effa, Ringkasan Mokhsan, 41, pula redha dengan kejadian yang menimpa anak gadisnya dan mengingatkan para ibu bapa yang lain agar sentiasa menjaga anak masing-masing dan tidak membiarkan mereka sesuka hati terutamanya dengan orang tidak dikenali.

Terdahulu, Ahli Parlimen Semporna merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Hj Apdal menggesa pihak polis agar menjalankan siasatan kes kematian Effa dengan rapi.

Arwah yang ditemui di dalam sebuah tong dram berhampiran rumahnya sebelum ini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Salimbangun kira-kira jam 4.30 petang kelmarin. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.