`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 20, 2013

OC SEMENTARA UNTUK TAMAN APAS PERMAI?





Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang pembeli rumah di Taman Apas Permai, Tawau ingin melaporkan bahawa pada 21 Januari 2013 (esok), sebahagian besar pemilik rumah akan mendapat kunci rumah.

Namun saya agak kesal kerana Permit Menduduki (OC) yang diberi oleh Majlis Perbandaran Tawau (MPT) hanya untuk tempoh tiga (3) bulan sahaja, mungkin kerana belum mendapat pengesahan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Untuk makluman pembaca Sabahkini.net dan Kerajaan Negeri Sabah, projek perumahan tersebut di bawah kendalian SPNB telah terbengkali selama 3 tahun dan pembeli telah begitu lama menderita akibat kecuaian semua pihak termasuk kerajaan Negeri Sabah.

Agak memalukan juga, MPT sudah mendesak kami membayar cukai pintu dan pelbagai caj termasuk pungutan sampah sedangkan rumah tersebut belum siap sepenuhnya, malah kemudahan asas belum siap sepenuhnya.

Untuk makluman semua pembeli rumah Taman Apas Permai, penyerahan tetap diteruskan pada 21 Januari 2013. Pembayaran denda lewat juga disertakan semasa proses penyerahan berjumlah RM 892 untuk tujuan Deposit Meter Air, Meter Air dan kos Pemasangan Meter Air oleh Kontraktor JA (2); Bayaran perkhidmatan Penyelenggaraan untuk 6 Bulan @Pembersihan kawasan terbuka (Open Space), Pembersihan Parit dan Pembuangan Sampah.

Hanya pembeli yang dapat membayar RM892 pada hari tersebut sahaja yang akan menerima kunci. Bagi yang tidak sempat menyediakan wang untuk pembayaran tersebut pun boleh menerima kunci, akan tetapi cek bayaran denda lewat akan diserah kemudian setelah membayar penuh RM 892 tersebut.

Jika ada sebarang pertanyaan sila kemukakan pertanyaan pada 21 Januari 2013 atau menghantar Surat SPNB Sabah, Menara MAA, Api-Api 2, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk mengetahui kes ini dengan lebih mendalam, diharap Sabahkini.net dapat membuat liputan esok demi untuk kebaikan bersama kerana kemungkinan ada unsur yang tidak baik, telah, sedang dan akan berlaku; apatah lagi bimbang kami dijadikan 'barang dagangan politik'.

Salam Hormat,

SULAIMAN BIN MD SALLEH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.