`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 4, 2013

Orang Melayu UMNO Tipu, Raja2 Melayu pun UMNO Tipu!



Padan muka orang Melayu. 

UMNO tipu mereka selama ini. orang Melayu ditakutkan supaya percaya kalau UMNO tidak ada, musnah lah orang Melayu. Apalah yang sangat kita boleh harapkan UMNO kalau para pemimpin rasuah dan bermuka muka menolong bangsa Melayu. Lebih lagi jika pemimpin UMNO koro dan kurang cerdik.

Raja2 Melayu pun UMNO tipu supaya takut dan percaya kalau UMNO tidak ada kedudukan mereka musnah. Jangan takut kepada UMNO. Takutlah kepada rakyat. Bila rakyat kecik hati, Raja akan dihina.

Apa pasal orang melayu tidak lagi sedar bahawa kedudukan orang Melayu, kedudukan Agama Islam, kepentingan orang Melayu semua nya dilindungi oleh Majlis Raja2 Melayu?

Raja2 tak pernah titah orang macam Ibrahim Ali jadi jurucakap Raja2 Melayu. Orang UMNO sahaja yang hidung tak mancung, pipi sorong2 nak jadi juara Raja Melayu. Takde Raja cerdik kah? Takde Raja yang pandai bercakap jika kepentingan mereka diancam? Malu Raja2 Melayu kalau jurucakap dan juara mereka orang standard Ibrahim Ali.

Raja Melayu tidak perlu takut kepada UMNO. Yang mereka mesti takut ialah suara majoriti rakyat. Kalau Raja zalim dan tidak adil kepada mereka, rakyat akan berontak. Kalau Raja Melayu tak jaga diri, selalu mabuk, berpoya poya, berjudi, malukan Agama Islam- rakyat akan marah Tuanku. Maka lebih baik jaga hati rakyat daripada hati UMNO. UMNO- kecik sangat. 3.2 juta dari 18 juta orang Melayu. Lebih baik Raja2 Melayu ambil hati 15 juta orang Melayu dari layan karenah dan ugutan UMNO.

Kecuali lah Majlis Raja2 Melayu terdiri dari orang macam Raja Ropiaah. Kalau macam RR, itu jam masa depan Melayu memang terancam. Sebab kalau Majlis Raja2 Melayu dipenuhi oleh Raja kelawar Ropiaah, semua benda akan dijual nya. Guppyunit? Jual kat Cina. Astacanggih? India. Lelong dan jual semua.

Nak tukar kedudukan Melayu? Agama Islam? Institusi Raja2- semua mesti diperkenankan oleh Majlis Raja2 Melayu. Bukan bergantung pada UMNO. 

Kembali kita kepada pendedahan Deepak. Kegunaan Deepak kepada kita ialah butiran pendedahan dia. Dia? Tak perlu layan pun tak mengapa. Dia kawan baik Dr Mahathir, hartawan USD44 billion. kita hairan- parti yang didakwa dipilih oleh Allah banyak melalukan kejahatan. mustahil Allah pilih parti jahat.

MINDEF membisu seribu bahasa- Puspahanas tak ada, tapi duit dah bayar ke Raja Ropiah. Siapa petualang dalam MINDEF yang membenarkan RR jual satu lot kepada Guppyunit? Mengikut peraturan, tanah 223 ekar itu mestilah di park kan dalam sebuah syarikat bernama Cebur Megah. Tak boleh keluar selagi si Raja Ropiah ni tak siap Puspahanas. Mesti ada pembelot dari MINDEF yang kautim dengan Raja Ropiaah- pakat boleh jual. RM2 juta dan kemudahan OD RM16 juta. Wa halalun kalau kongsi sama. Tangkap !

Apa ilmu Raja Ropiah pakai sehingga dia boleh sedut duit dari Deepak kita tak tahu. Itu Deepak punya hal. Kamu gatal nak bayar RM13 juta dan beri sumbangan RM8 juta. Sumbangan itu ada rekod tak? Atau disapu jugak oleh Raja Ropiaah?

Jadi kalau tanah itu masih dalam nama kerajaan, apapasal Baktwira anak syarikat Boustead bayar kepada Raja Ropiaah RM130juta? Apa pasal tak beli dari kerajaan? Tanah 223 hanya dapat kat Raja Ropiaah bila dia siap Puspahanas. Mana nya?

Kenapa beli Astancanggih dengan harga RM30 juta? Antancanggih bukan pemilik tanah 223 ekar tersebut. Kecuali hak milik keatas beberapa lot sudah dipindahmilik kepada Astacanggih. Kalau berlaku pindahmilik, seoalan serupa- siapa pengkhianat dalam MINDEF yang benarkan Raja Ropiaah pindah milik? Bukan harta kamu atau harta bapak kamu? 

orang Melayu kena tipu oleh UMNO. Raja2 Melayu pun UMNO tipu. wow! 

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.