`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, January 21, 2013

Panas!!!: Anak Mahahtir Anjurkan Pesta Maksiat

Minda Rakyat
Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNO BN sekarang?. Dalam sibuk mereka mengatakan perjuangkan Islam dan memainkan isu kalimah Allah, tiba-tiba dalam masa yang sama mereka terus membenarkan pesta hiburan maksiat berleluasa di negara ini. Selepas berakhirnya Maharaja Lawak Mega 2012 Jumaat lalu, kini heboh diperkatakan satu pesta maksiat diadakan di Sepang International Circuit (SIC) semalam dan hari ini (19 dan 20 Januari 2013).
Umat Islam seharusnya mengutuk penganjuran pesta maksiat yang pastinya didokong oleh anak kepada mantan Perdana Menteri, iaitu Mokhzani Mahathir (foto) sebenarnya. Apa yang menghairankan kita, keluarga Mahathir tidak cukup lagi dengan kekayaan yang dimilikinya dan tergamak menganjurkan pesta maksiat sebegini di negara Malaysia yang dikatakan sebuah negara Islam itu.

Pesta maksiat yang dikenali sebagai "WeLoveAsia Music Festival" itu membariskan beberapa selebriti terkenal di dunia seperti Redfoo of LMFAO bersama Party Rock Crew (Party Rock Anthem, I'm Sexy And I Know It), Taio Cruz (Hangover, Dynamite), Yolanda Be Cool (We No Speak Americano, Le Bump), DJ Antoine (Welcome to St. Tropez, Ma Cherie) and DJs like Steve Aoki (Turbulence, Wake up Call) or Joachim Garraud (We Are The Future, Wrecking Ball) dan ramai lagi.

Pada dasarnya mereka ini akan memainkan muzik tanpa henti di mana orang ramai yang menyertai akan berjoget dan berdansa mengikut alunan tersebut tanpa mengambilkira siapa mereka. Percampuran bebas antara lelaki dan perempuan akan berlaku sewenang-wenangnya. Biasanya peserta yang akan hadir adalah terdiri dari kalangan anak-anak orang berada, kaya dan berpendapatan tinggi berdasarkan kepada harga tiket untuk menyertainya. Difahamkan, tiket yang dijual berharga antara RM99.00 hingga RM219.00. Manakala peserta diminta berada di lokasi mulai jam 5.00 petang hinggalah ke malamnya. Maka itu, fahamlah sendiri apa yang akan berlaku semasa program ini berlangsung. Info lanjut sila klik SINI.

Persoalannya sekarang kita tunggu apa kata ulamak dan mufti tentang isu ini?. Beranikah mereka keluarkan fatwa?.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.