`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 11, 2013

PANAS! Rahsia Anwar Ibrahim Korek Maklumat Sulit Kerajaan Terbongkar!!!

Kalau pembaca dengar ceramah Anwar Ibrahim, seolah-olah semua 'rahsia' Kerajaan ada dalam tangan pembangkang.

Apabila Anwar Ibrahim dan pembangkang terlalu banyak mendedahkan 'rahsia' Kerajaan maka Anwar dan rakan-rakan berjaya mewujudkan persepsi bahawa ramai kakitangan Kerajaan sokong pembangkang.

Jom tengok macam mana cara Anwar Ibrahim 'korek' rahsia Kerajaan.


Tak percaya??? Kalau tak percaya, boleh tengok pendedahan yang dibuat RBF.

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda satu persatu.....


Harakah mendakwa surat di atas adalah surat dari Kementerian Kewangan kepada persatuan.



Jelas kertas di atas bukanlah satu surat tetapi merupakan hanya satu MEMO. Dalam amalan kerajaan untuk dihantar kepada pihak luar mereka menggunakan surat. MEMO adalah untuk kegunaan dalaman sahaja. 



Rujuk kepada NO RUJUKAN MEMO- Tertera perkataan KKM/WP. Dalam urusan kerajaan KKM kebiasaannya dirujuk kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, manakala untuk KEMENTERIAN KEWANGAN menggunakan rujukan MOF. Jadi bagaimana mungkin surat daripada Kementerian Kewangan menggunakan nombor rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia ? 
Baca selanjutnya

Kantoi ! Kantoi ! Kantoi ! Ikuti Pendedahan Pas Guna Dokumen Palsu Untuk Memfitnah


Minggu lepas Pas melalui laporan harakah daily kononnya membuat pendedahan yang menggemparkan bahawa kerajaan Jepun telah membayar pampasan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand-Myanmar.

Dikatakan jumlah nilai pembayaran sebanyak RM 207 bilion diserahkan pada 1990 an. Laporan dari harakah boleh dilihat di sini

Semalam Kedutaan Jepun di Malaysia tampil menafikan laporan berkenaan. Lihat disini

Pas tetap Pas.....bohong telah menjadi makanan ruji mereka. Kalau tak bohong mereka tak boleh hidup dan akan mampus dalam masa beberapa hari.

Walaupun Kedutaan Jepun telah menafikan tetapi mereka masih lagi hendak berbohong.....

Hari ini raja bohong Pas tampil mengadakan sidang media kononnya hendak mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun.

Laporan berkenaan boleh di lihat di sini

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempelajari ilmu pengetahuan am, saya boleh simpulkan surat yang kononnya dokumen penting yang didedahkan oleh raja bohong Pas hari ini adalah palsu. 

Sekarang mari saya tunjukkan kepada anda satu persatu.....

Harakah mendakwa surat di atas adalah surat dari Kementerian Kewangan kepada persatuan.

Jelas kertas di atas bukanlah satu surat tetapi merupakan hanya satu MEMO. Dalam amalan kerajaan untuk dihantar kepada pihak luar mereka menggunakan surat. MEMO adalah untuk kegunaan dalaman sahaja. 

Rujuk kepada NO RUJUKAN MEMO- Tertera perkataan KKM/WP. Dalam urusan kerajaan KKM kebiasaannya dirujuk kepada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, manakala untuk KEMENTERIAN KEWANGAN menggunakan rujukan MOF. Jadi bagaimana mungkin surat daripada Kementerian Kewangan menggunakan nombor rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia ? 

Rujuk kepada ruangan KEPADA - Tidak ada dinyatakan alamat penerima, sebaliknya hanya nama persatuan. Dalam amalan kerajaan sesuatu surat kebiasannya ditulis nama penerima dan alamat penuh yang kemudiannya surat itu dilipat dan nama dan alamat penerima akan berada di 'window' sampul surat berkenaan. 

Rujuk kepada ruangan DARIPADA - Dinyatakan dalam memo itu daripada KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA. Dalam Kementerian Kewangan Malaysia tidak pernah terjadi seseorang KSU menggunakan perkataan itu. KSU kementerian berkenaan dirujuk sebagai KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN. 

Rujuk kepada TAJUK MEMO atau PERKARA - Ejaan pertimbangan menjadi PERITMBANGAN. Logikkah surat dari seorang Ketua Setiausaha ejaan pun tak betul. 

Perkara nombor dua menyatakan telah DIANGKAT. Dalam amalan kerajaan perkataan diangkat biasanya akan mengatakan diangkat kepada kabinet atau KSN atau KSU. Kerajaan tak akan kata diangkat kepada kerajaan. 

Rujuk bahagian tandatangan di bahagian bawah - MEMO berkenaan menunjukkan ia ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha Bt Hassan dari BAHAGIAN PENGELUARAN BAYARAN. Surat daripada KSU tetapi ditandatangan oleh orang lain. Dalam amalan kerajaan jika orang lain yang menandatangan surat ianya akan dinyatakan BAGI PIHAK (BP). Tetapi dalam memo diatas kenapa ianya tiada perkataan BAGI PIHAK ? 

Yang lebih melucukan apabila tandatangan Datuk Hajah Zalekha ada perkataan datuk. Rasanya tak pernah terjadi dalam Malaysia orang yang ada gelaran datuk, sampaikan tandatangan pun diletaknya datuk. 

Surat yang didakwa dari Pejabat Peguam Negara kepada persatuan

Sama seperti diatas, ianya bukan surat tetapi memo.....

Anda lihat kepala memo berkenaan - ejaan perkatan pun tak betul. Mana hilang huruf R. Adakah telah dicuri oleh geng-geng royalti minyak Husam di Kelantan ?

Ejaan PEGUAM NEGARA dalam bahasa inggeris adalah ATTORNEY GENERAL. 

Logikkah JABATAN PEGUAM NEGARA guna kepala surat yang ejaan tidak betul ? 

Mana tarikh dan nombor rujukan surat ? 

Mana alamat penerima ? 

Penggunaan bahasa bercampur aduk bukan amalan surat menyurat dalam kerajaan. Separuh Bahasa Malaysia dan separuh Bahasa Inggeris ? Itu amalan dalam DAP yang tak cekap guna BM sehingga ke hari ini. 

Sekarang rakyat Malaysia nilailah sendiri tahap pembohongan Pas. Dah sama taraf dengan iblis dan syaitan....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.