`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, January 9, 2013

Rakyat Sabah diseru sertai Himpunan Bangkit 12 Jan


KUALA LUMPUR: Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
“Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO,” kata Harieyadi Karmin selaku Koordinator Gegar merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit dalam satu kenyataan.
.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Penganjuran Himpunan Sabah Bangkit adalah satu manifestasi daripada himpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

Pada tarikh yang sama juga, kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita sahut dengan kita anjurkan himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat bersama merasai kebangkitan rakyat ini. Ditegaskan, kita adalah NGO.

Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (Gegar) mengambil inisiatif menjadi penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan kawan-kawan NGO yang lain.


Kita memandang di peringkat negeri Sabah juga kena ada satu gerakan dan bentuk cara menyatakan hak rakyat.

Tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah kita ingin menyatakan dan menuntut hak-hak yang kita mahu sebagai rakyat, rakyat negeri sabah dan rakyat Malaysia. Terpulang pada individu, mahupun kumpulan-kumpulan, datang dan tuntutlah hak anda. Hari tersebut kita jadikan sebagai hari tuntutan rakyat.

Di samping itu, kita juga ingin tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan lagi bahan tunggul dan patung padi yang hanya duduk diam kalau hak mereka tidak diberikan kepada mereka. Rakyat kini sudah pandai.

Kita mahukan bentuk perubahan berlaku. Bukan lagi janji kosong yang ditabur. Kita juga bagi amaran dan peringatan kepada pemerintah, rakyat ada kuasa. Jangan sampai rakyat muak dan menolak kerana sistem pemerintahan hari ini yang kita pandang sebagai kian rosak dan menindas rakyat.

Begitu juga dengan bakal pemerintah Malaysia selepas PRU13, kerajaan sekarang mahupun pembangkang, kita ingin katakan jangan permain dengan rakyat dengan politik membodohkan.

Kalau mahu perintah, bentuk sistem pemerintahan yang baik. Kalau kerajaan selepas PRU13 juga bermasalah, rakyat juga tidak akan teragak-agak menolak kerajaan tersebut.

Gegar akan hadir dengan sebelas tuntutan untuk rakyat dan anak muda Sabah. Tuntutan ini yang akan kita perjuangkan agar hak ini dapat dikembali dan diberikan kepada rakyat. 1. Peluang pekerjaan 2. Rumah mampu milik 3. Kos sara hidup rendah 4. Liputan jalur lebar 5. Minimum kadar jenayah 6. Kemudahan pendidikan dan percuma 7. Pilihanraya bersih dan adil 8.Negeri hijau dan bersih 9.Royalti minyak dan balak 10. Hak tanah adat 11.Pembangunan insfrastruktur.

Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama himpunan akan diketuai oleh anak muda Sabah. Hampir kesemua jawatankuasa bertindak himpunan terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.

Jadi, kita sangat mengharapkan agar himpunan ini dapat mengumpulkan semua rakyat, terutamanya anak muda dan mahasiswa, kita bagi signal kepada pemerintah, anak muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok dan duduk diam dan lihat. Anak muda kini sedar dan mahukan perubahan.

Dengan penuh harapan dan semangat, saya menyeru seluruh rakyat Sabah tidak kira walaupun terdiri daripada latarbelakang yang berbeza dari aspek agama, bangsa, budaya mahupun  fahaman politik, marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti kita, kita tuntut hak kita dan kita tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.