`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, January 21, 2013

RUMAH PPRT TERBENGKALAI DI TELUPID





Saudara Pengarang,

SALAH seorang pemohon rumah PPRT, Samanas Bin Madungkil (gambar) sungguh kecewa dengan sikap pihak berkuasa kerana tidak mengambil berat mengenai pembinaan rumah PPRT yang kini sudah memasuki tempoh enam bulan, tapi masih dalam keadaan tidak lengkap kerana tidak disambungkan dengan bekalan tenaga letrik.

Katanya, mereka tidak dapat mendiami rumah baru itu kerana ia belum siap sepenuhnya.
“Macam mana kami hendak pindah ke rumah yang tidak lengkap dibina, tanpa bekalan elektrik yang merupakan keperluan asas utama. Saya hampir putus asa melihat keadaan rumah baharu kami yang dibina sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya sudah 4 kali berulang-alik ke Pejabat Daerah Telupid untuk mendapatkan penyelesaian namun semuanya menemui kebuntuan,” kata Samanas.

Selain itu Semanas juga telah membuat pertanyaan di pejabat SESB Telupid tapi diberitahu tiada permohonan pembekalan telah dibuat oleh kontraktor pendawaian.

Oleh kerana semua saluran telah menemui kebuntuan, Samanas menaruh harapan kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat kes ini berdasarkan 'Janji ditepati' untuk menyiasat semua jenis dan bentuk penyelewengan.

Salam Hormat,

JAWATANKUASA GAGASAN PEMBAHARUAN TELUPID

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.