`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 15, 2013

SMM menentang Brainwash di UUM


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjePR84IuJIPg4c4K0lfrRuDtJscqq5_sIL7OGJOA1g1cYe1OG-teJZBYn4cIfHFFnSoECSNZsd5J-7OJORTdnmJXW2zhHZ4CrgC_64Di2nWUyf2XupzLdRogiXR4dm5Q0xdeViwEoEJO_s/s400/541755_10200235667763705_1932487955_n.jpg 
Tindakan moderator tersebut boleh dianggap sebagai biadap, mengelirukan, serta memperbodohkan mahasiswa yang turut ikut serta dalam majlis tersebut. Seorang pengampu dan penyamar seperti moderator tersebut ternyata tidak sesuai dan tidak layak menjadi pengemudi majlis ilmu seperti itu. 
Adam Adli Bin Abd Halim, Solidariti Mahasiswa Malaysia. 
Solidariti Mahasiswa Malaysia dengan ini mengucapkan tahniah, dan menyatakan sokongan dan dokongan penuh kepada mahasiswi Universiti Utara Malaysia, Saudari Bawani yang telah menzahirkan suatu keberanian luar biasa dalam mempertahankan kebenaran, keadilan berhujah, dan prinsip tegas beliau berkaitan hak mahasiswa dan perjuangan rakyat.

Seharusnya, tindakan matang yang dipamerkan oleh Bawani ini dicontohi oleh seluruh mahasiswa. Kesedaran tinggi dalam memahami isu berkaitan mahasiswa, masyarakat, dan negara adalah asas penting yang seharusnya dimiliki oleh lebih ramai lagi mahasiswa, sesuai dengan takrifan sosial yang melihat mahasiswa sebagai golongan berilmu dan kritis. Fungsi dan sifat mahasiswa sebagai golongan berilmu dan kritis dalam kalangan masyarakat berjaya ditampilkan dengan cemerlang oleh mahasiswi bernama Bawani ini.

Tindakan Saudari Bawani telah memberikan suatu harapan baru dalam usaha mengembalikan kewibawaan mahasiswa dewasa ini. Tanpa menghiraukan sebarang risiko, beliau telah bangkit untuk bersuara bukan sahaja bagi diri beliau, sebaliknya juga buat mahasiswa dan rakyat kebanyakan.

Solidariti Mahasiswa Malaysia pada masa yang sama turut ingin menyatakan kejengkelan terhadap aksi kurang matang, tidak profesional, dan tidak cerdik yang ditunjukkan oleh moderator dalam majlis forum yang dianjurkan UUM tersebut. Tindakan moderator tersebut boleh dianggap sebagai biadap, mengelirukan, serta memperbodohkan mahasiswa yang turut ikut serta dalam majlis tersebut. Seorang pengampu dan penyamar seperti moderator tersebut ternyata tidak sesuai dan tidak layak menjadi pengemudi majlis ilmu seperti itu.

Sekali lagi, kami menyatakan pujian, dan tahniah kepada Bawani yang berani. Semoga keberanian beliau menjadi contoh dan pedoman kepada golongan mahasiswa lain.

Salut untuk mahasiswa yang berani!
Hentikan pembodohan mahasiswa!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
[MTadmin - On a different note, see Namewee's take at: http://www.youtube.com/watch?v=7Qcd6GkPM-k ]

1 comment:

  1. SMM berkata"Tindakan moderator tersebut boleh dianggap sebagai biadap, mengelirukan, serta memperbodohkan mahasiswa yang turut ikut serta dalam majlis tersebut. Seorang pengampu dan penyamar seperti moderator tersebut ternyata tidak sesuai dan tidak layak menjadi pengemudi majlis ilmu seperti itu."
    Tapi saya rasa, melihat kepada respon student UUM yang lain, rasanya mereka memang masih belum bijak... sorry to saya, Kerajaan BN telah berjaya memperbodohkan mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.