`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 19, 2013

SU Pemuda PAS Penang 2 x 5 Sharifah Zohra!



oleh: Abu Nawas

Peristiwa merampas microphone oleh Sharifah Zohra daripada Bawani KS sebenarnya bukanlah perkara yang baru cumanya apabila ia di sensasikan maka jadilah satu isu yang di bincangkan.
Masih ingatkah ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang bulan lalu di mana peristiwa yang sama juga telah berlaku kepada Setiausaha Pemuda Pas Pulau Pinang yang berebut microphone untuk menjadi pengacara majlis.
Di sini bukan kita hendak bincangkan tentang microphone atau individu di atas kerana semua yang mengenali anak Taib Azamudin tahu perangainya yang sentiasa mahu berada di atas pentas walaupun tidak di jemput.
Yang hendak kita bincangkan ialah mengapa perkara2 begini terjadi. Apa yang Abu Nawas lihat ialah peristiwa berebut microphone ini adalah kerana merasa diri cukup hebat dan memandang rendah pada orang lain serta sifat yang ada pada individu tersebut yang tidak memberi peluang kepada orang lain menyatakan pendapat.
Individu seperti Offnan dan Zohra ini adalah spisis yang tidak boleh di tegur kerana merasakan tiada yang lebih tahu melainkan hanyalah diri mereka sahaja. Apabila ada yang mengemukakan pandangan maka orang tersebut akan di lihat sebagai cuba untuk menyainginya dan dia lebih takut apabila di beri peluang orang lain mengemukakan pandangan orang akan lebih menerima idea orang lain daripada ideanya.
Inilah yang amat di takuti oleh manusia seperti Offnan dan Zohra. Mereka tidak mempunyai kekuatan daya saing di dalam diri. Selama ini semua kata kata mereka hanyalah menerima angguk angguk kerana orang yang datang mendengar syarahan mereka hanya di wajibkan mendengar…. dengar dengar…dengar… dengar…dengar…dengar…dengar…dengar…dengar… dengar…
Tiada yang berani membantah… tiada yang berani memberi pandangan kerana mereka tidak di benarkan untuk berbuat demikian. Apabila ada yang berani menongkah arus maka terkejutlah orang seperti Offnan dan Zohra ini. Mereka terpinga pinga dan kalau boleh suiz utama harus di padamkan agar tiada agi bekalan lektrik yang membekalkan kuasa kepada pembesar suara.
Jadi untuk menghalang orang ramai mendengar idea orang lain maka tindakan pantas ialah merampas micro[hone. Untuk tidak membiarkan orang ramai tahu ada orang lain lebih berkebolehan dari dirinya maka tugas utama ialah jangan beri microphone seperti yang di lakukan oleh Offnan dalam HKR tempoh hari.
Mereka ini takut budaya pembodohan yang mereka jalankan selama ini terhadap pengikut2 mereka akan terbongkar apabila pengikutnya mendengar idea orang lain. Mereka ini sebenarnya takut orang tahu bahawa selama ini tidak lebih daripada pembawa cerita dongeng di zaman serba berfikir ini.
-  media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.