`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, January 11, 2013

Tiada poligami positif dalam masyarakat Melayu


Bagaimanapun, kata timbalan menteri yang bertanggungjawab hal itu, poligami juga membantu menyelesaikan masalah institusi keluarga Melayu-Islam.
PETALING JAYA: Ketiadaan keluarga berpoligami yang positif menyebabkan masyarakat masih belum dapat menerimanya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
“Poligami yang tidak baik di kalangan masyarakat Melayu menyebabkan ia tidak diterima oleh masyarakat Melayu.
“Ia bagaimanapun diterima dengan baik di kalangan masyarakat Timur Tengah,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika mengulas hasil kajian beberapa golongan akademik berkenaan isu poligami yang dibentangkan di dalam satu forum anjuran Sisters in Islam (SiS) bertajuk Cinta dan Kehidupan: Poligami di dalam Dunia Islam.
Dr Miriam Koktvegaard Zeitzen mendapati bahawa perkahwinan poligami di kalangan masyarakat elit Melayu bandar berlangsung secara rahsia tanpa penerimaan masyarakat dan isteri kedua hingga keempat tidak mendapat pengiktirafan.
Mashitah, bagaimanapun turut mempertahankan institusi perkahwinan poligami.
`Seperti ubat’
“Poligami ini umpama ubat kepada penyakit dalam keluarga. Contohnya, kes isteri mandul dan isteri tidak berfungsi.
“Kalau makan tak kena caranya, maka akan mendapat sakit,” katanya.
Dalam forum tersebut,  pensyarah kanan Universitas Islam Negeri Bandung, Dr Nina Nurmila pula berhujah  bahawa al-Quran tidak menghalalkan poligami.
“Al  Quran tidak menghalalkan poligami. Hanya tafsiran  Quran yang pelbagai bersifat demikian,” kata Nina.
Dr Norani Othman dari SiS yang membentangkan kertas kerja profesor Alean Al – Krenawi berkenaan kesan negatif terhadap sosioekonomi dan kesihatan mental keluarga berpoligami.
SiS dijangka menerbitkan hasil kajian kesan negatif poligami dalam tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.