`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, January 12, 2013

Video Ucapan Penuh @AnwarIbrahim Di Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013!




Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara petang tadi diakhiri dengan ikrar Anwar Ibrahim bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berkompromi dengan rasuah atau sebarang percubaan untuk merompak harta rakyat.
Anwar yang pernah mengatakan pilihanraya umum (PRU) ke 13 sebagai percubaan terakhirnya untuk cuba berkuasa, memberitahu lautan manusia yang berhimpun dalam Stadium Merdeka yang ikonik itu jika kerajaan berhenti mencuri duit rakyat, negara akan terus berkembang.
"Jika kita perlu dayung sendiri, kita akan berbuat demikian dengan tangan kita, jari kita. Kami tidak akan berkompromi kepada rasuah dan merompak rakyat.
"Tuan-tuan dan puan-puan, bagi saya, ini adalah yang paling penting. Jika kita boleh kawal, kehidupan rakyat boleh berubah dan kebajikan dan kehidupan rakyat Malaysia di seluruh negara, dari Perlis hinggalah ke Sabah, sehingga ke Putrajaya, akan menjadi bertambah baik," katanya.
Anwar yang terakhir berucap dalam perhimpunan mega itu, berkemungkinan perhimpunan massa terbesar dalam sejarah.
Polis pada mulanya menganggarkan perserta di dalam stadium lebih kurang 80,000 orang tetapi kemudian menarik kembali anggaran tersebut kerana "kesilapan teknikal".


Ribuan lagi hadirin di luar stadium dan jalan berhampiran lokasi.
Pemimpin de facto PR itu tidak menyembunyikan kata-katanya kerana teruja dengan lautan peserta perhimpunan yang menghiasi dengan pelbagai warna untuk mewakili perjuangan masing-masing.
Beliau "memahami" penderitaan harian rakyat dan melihat sendiri tangisan terhadap apa yang beliau dilabelkan sebagai salah urus pentadbiran Barisan Nasional (BN) semasa.
"Saya tidak boleh berjanji banyak, tapi kami dalam PR berikrar dan percayalah kami takkan izinkan rasuah dan rompakan ke atas negara tercinta ini.
"Kalau ini dapat dikawal, hidup rakyat dapat diubah. Saya minta kepada saudara semua untuk berilah peluang kepada kami untuk tadbir dan bela rakyat Malaysia," katanya sebelum diakhiri dengan jeritan slogan "Merdeka" sambil disambut dengan slogan "Rakyat" oleh hadirin.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh kedua-dua pemimpin politik dari PR dan pelbagai kumpulan masyarakat sivil sebagai wadah akhir untuk mengangkat isu-isu sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan tahun ini.
PRU ke 13 dijangkakan sebagai paling sengit dalam sejarah bagi BN kerana buat pertama kalinya perlu berhadapan dengan Pakatan Rakyat yang paling tersusun.
source : Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.