`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, January 22, 2013

YDP PERKASA DIMINTA PERJELAS ISU KERAKYATAN






KOTA KINABALU : Yang Dipertua (YDP) Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia Sabah (Perkasa), Boni Yusup Abdullah diminta untuk tampil membersihkan kenyataan tentang beliau dalam Sabahkini.net.

Bekas YDP Perkasa, Dato’ Seri Utama Dr. Mohd. Jeffry Rosman ketika diminta mengulas mengenai perkara itu yang disibarkan melalui internet menerusi Sabahkini.net.
Jeffry yang juga Timbalan Pengerusi Biro Anti Dadah Umno Parlimen Tawau, berkata Boni yang baru sahaja dilantik sebagai YDP Perkasa baru-baru ini haruslah tampil dan memberi penjelasan kepada masyarakat amnya dan khususnya kepada ahli-ahli Perkasa tentang perkara yang sedang hangat diperkatakan itu.

Laman sesawang Sabahkini.net, kini sedang hangat mempertikaikan serta memperkatakan tentang kewarganegaraan Boni sebagai YDP Perkasa yang mana, beliau tegaskan, sama sekali menentang apa yang diperjuangkan oleh Perkasa itu sendiri.

“Dalam laman sesawang itu ada menyatakan secara terang-terangan mengenai kewarganegaraan Boni sebenarnya adalah Visaya iaitu salah satu suku kaum Filipina.

“Apa yang ingin saya nyatakan di sini adalah, seandainya perkara itu adalah benar seperti didakwa oleh Sabahkini.net itu, maka, pelantikan Boni sebagai YDP Perkasa terbaru yang baru sahaja disahkan itu telah bercanggahan dengan perkara asas dalam Perkasa iaitu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu adalah sebuah pertubuhan untuk peribumi Sabah sahaja.

“Yang mana seandainya benar dakwaan itu, maka ia telah melanggar akta serta syarat asas dalam Perkasa itu sendiri,” jelas dan tegas beliau.

Dato’ Mohd. Jeffry menyatakan yang mana beliau meminta Boni selaku YDP Perkasa yang terbaharu itu hanya untuk tampil membersihkan kekalutan yang telah timbul itu dan menjelaskan status tuduhan yang telah dilemparkan pada dirinya.

“Saya berharap Boni tidak berdiam diri tentang tuduhan yang dilemparkan pada dirinya itu kerana tohmahan demi tohmahan akan berterusan.

“Secara peribadinya, saya sayangkan perjuangan Perkasa dan kerana itu juga saya ingin sesiapa pun, sama ada YDP mahupun ahli Perkasa yang lain harus mengambil tindakan segera dalam tuduhan yang dilemparkan,” tambah beliau.

Mengenai peranannya semasa menjadi YDP Perkasa, Jeffry berkata, beliau telah melakukan yang terbaik.

“Saya telah menerajui Perkasa hanya selama 7 bulan dan sangat dihargai kerana saya telah laksanakan tugas saya berdasarkan segala visi dan misi serta perjuangan Perkasa tanpa sebarang percanggahan,” kata beliau yang turut menambah selaku YDP Perkasa semasa itu, beliau juga telah berjaya merekrut ahli-ahli baru dalam jumlah yang besar.

Menurut beliau, perlantikan Boni sebenarnya tidak mendapat restu daripada ramai ahli Perkasa dan beliau turut mempersilakan sesiapa yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau itu untuk menyaman beliau dengan bukti yang kukuh seperti yang beliau miliki.

Jeffry berkata beliau akan terus berjuang untuk rakyat Sabah sungguhpun bukan dengan Perkasa. Sebaliknya, beliau bakal melancarkan Pertubuhan Peribumi Rakyat Sabah (Pribumi’s) yang akan dilancarkan secara rasminya pada 10 Februari akan datang ini oleh salah seorang pemimpin negeri atau negara yang tertinggi dan dihormati.

“Matlamat utama Pribumi’s adalah untuk terus memperjuangkan serta lantang bersuara untuk kembalikan hak rakyat Sabah dan ia juga merupakan sebuah pertubuhan yang mengalu-alukan segenap lapisan masyarakat Sabah yang berstatus peribumi dari pelbagai suku kaum dan agama sebagai ahli.

“Dusun, Kadazan, Cina dan lain-lain selagi peribumi adalah dialu-alukan untuk menjadi ahli serta sama ada mereka beragama Islam atau tidak juga boleh menyertai pertubuhan ini kerana itulah pertubuhan sejagat yang betul-betul akan memperjuangkan hak seluruh rakyat Sabah,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa secara tidak rasmi, jumlah ahli pertubuhannya itu telah pun mencecah 40,000 ribu dan yakin angka itu akan meningkat lebih ramai selepas ia dilancarkan secara rasminya. (NST)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.