`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 8, 2013

'BANGUNLAH UNTUK SABAH' DI TAMPARULI




TAMPARULI : Parti Maju Sabah (SAPP) berkata rakyat harus sedar bahawa mereka tidak boleh bersandar harapan kepada orang luar untuk memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Eric Majimbun berkata masanya sudah tiba bagi rakyat Sabah sedar dan sekaligus bangun untuk menentukan masa depan negeri ini yang ditindas Kuala Lumpur sejak 50 tahun lalu.
“Masalah utama di Sabah sejak sekian lama ialah terlalu ramai pendatang asing menjadi rakyat Sabah segera. Pembentukan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) hanya memperlihatkan penafian pemimpin seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammed, bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain lagi.

“Objektif utama RCI sepatutnya menyelesaikan masalah itu tetapi sudah terpesong. Bagaimanapun, SAPP ada cara untuk menyelesaikan masalah itu iaitu dengan mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (IC Sabah),” katanya di sini.

Eric selaku Ahli Parlimen Sepanggar, berkata Kuala Lumpur beranggapan bahawa hanya mereka sahaja dapat menyelesaikan masalah di Sabah.

“Ini merupakan satu penghinaan kepada rakyat Sabah. Adakah orang Sabah tidak mempunyai pendidikan dan tidak boleh berdikari. Anggapan seperti ini harus kita hentikan.

“Orang Sabah juga mempunyai maruah dan lebih mengetahui masalah orang Sabah. Oleh sebab itu rakyat harus mengundi SAPP dalam pilihanraya akan datang kerana hanya parti tempatan yang memahami masalah tempatan,” katanya.

Sementara itu, Penasihat SAPP Datuk Mohd Noor Mansur berkata, rakyat Sabah harus menolak parti Malaya kerana mereka tidak akan memperjuangkan hak-hak Sabah.

Katanya, pilihanraya umum kali ke-13 akan datang merupakan peluang keemasan untuk menukar kerajaan demi generasi akan datang.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi SAPP Stephen Gaimin berkata, penindasan Kuala Lumpur terhadap Sabah sudah lama berlaku dan salah satu contoh ialah perbezaan ketara harga getah di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah.

Katanya, lebih menyedihkan ialah apabila Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang bertanggungjawab terhadap sektor getah di negeri ini tenggelam akibat kehadiran agensi dari Semenanjung seperti RISDA dan FELCRA.

Katanya, apa yang merisaukan ialah satu hari nanti LIGS dan agensi-agensi tempatan akan pupus dan digantikan dengan agensi dari Semenanjung.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.