Saudara Pengarang,
IZINKAN saya bawa perhatian rakyat Sabah berkenaan laporan Daily Express bertajuk "Musa's success in lowering poverty rate earns praise" ; manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan "The opposition says Sabah is poor, Sabah has no progressive people, Sabah has no facilities, Sabah is lagging behind...these are all lies," di Dewan Sri Antanom, Jumaat lalu.
Sabah, negeri yang kini makmur dengan PATI pernah suatu ketika dahulu menjadi antara negeri terkaya. Namun setelah lebih kurang 50 tahun Sabah dimerdekakan, rakyat Sabah melihat sendiri betapa negeri kita yang kedua terbesar di Malaysia ini jauh terkebelakang. Ke mana hilangnya kekayaan Sabah itu pun menjadi misteri nusantara sehingga kini?
Wahai YB, Benarlah Sabah is Poor! Rata-ratanya kami disini tidak mampu memiliki rumah teres apa lagi banglo. Ramai anak belia masih tinggal menumpang. Harga rumah terlalu mahal, harga apartment seperti harga sebuah kereta BMW.
Kami hidup dalam kesusahan, ramai anak Sabah tidak mampu memiliki rumah apa lagi kereta cantik. Berbanding orang muda di Semenanjung kini ramai sudah mampu memiliki kereta import. Anak Sabah sebilangan besarnya cuma jadi pekerja bawahan untuk firma besar dari Semenanjung atau Sarawak.
Ramai terpaksa migrate ke Semenanjung untuk bekerja. Berapa ramai kita mendengar anak muda Semenanjung yang migrate ke Sabah untuk mencari pekerjaan?
Wahai YB, Benarlah Sabah has no progressive people! Berapa banyak firma besar berasal dari Sabah berbanding yang masuk ke Sabah? Biar saya sebut SP Setia, Sime Darby, Binapuri, Maxis, Astro.. berapa banyak thycoon di Sabah yang mampu menandingi mereka?
Ramai tycoon dari Semenanjung dan Sarawak datang membuka firma di sini. Kami yang terketinggalan tidak berpeluang untuk mencabar mereka bukan kerana kami tidak progresif, tapi sebab peluang telah direbut lebih awal.
Wahai YB, Benarlah Sabah is lagging behind!.. tolong kira berapa bilangan flyover yang ada di Sabah untuk mengatasi kesesakan jalan raya berbanding di Johor atau Pulau Pinang. Jalan tidak berturap masih banyak sehingga rakyat terpaksa berhutang besar untuk memiliki 4wd kerana banyak perkampungan masih tidak ditembusi kereta kecil.
Bandingkan berapa lengkapnya kemudahan sekolah kerajaan di Johor atau Pulau Pinang berbanding Sabah. Ramai anak kecil pedalaman Sabah 'dikurnia' betis besar-besar kerana setiap hari terpaksa berjalan berkilo-kilometer untuk ke sekolah. Melaka Negeri Sembilan ada monorel, komuter yang moden, Sabah pula diberi kereta api design lama dari China (namun kami bersyukur).
Wahai YB yang sekian lama memerintah, ramai rakyat Sabah sudah pernah sampai ke negeri-negeri di Semenanjung. Now everyone can fly maa! Kami tidak buta dan tidak tuli. Pendapat saya tidak semestinya betul, terpulanglah kepada anda untuk menghayatinya.
Salam Hormat,
AKU ANAK SABAH.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.