BINCANG....Masiung (dua dari kiri) sedang berbincang dengan pihak JKR mengenai naik taraf Jalan Kg Sinar Jaya Bukit Garam.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
BUKIT GARAM (KUAMUT) Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa berusaha ke arah memajukan kawasan luar bandar untuk memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat dalam menikmati kemudahan yang disalurkan kerajaan.
ADUN Kuamut, Masiung Banah berkata bahawa Kerajaan terus bekerja keras tanpa noktah untuk mempastikan setiap kampung di di Kuamut akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.
Masiung berkata demikian kepada Sabahkini,Net sejurus selepas lawatan kerjanya ke Kampung Sinar Jaya, Bukit Garam, kelmarin.
Katanya, kerosakan jalan yang terdapat di sepanjang jalan Kampung Sinar jaya akan dinaik taraf kerana kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta di bawah NKRA.
“Saya telah diberikan taklimat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) di mana plan induk jalan tersebut akan dibuat dan dipertanggungjawabkan kepada juruperunding,” katanya.
Masiung menjelaskan, sementara kerja-kerja naik taraf belum dikeluarkan tender, maka kerja-kerja membaiki kerosakan jalan tersebut akan diserahkan kepada Pemegang Konsesi Kekal Mewah dan mereka bersetuju menghantar beberapa jentera dan mesin untuk tujuan tersebut.
"Dalam hal ini, saya mohon para penduduk Kampung Sinar Jaya dan kampung berhampiran agar bersabar. Pastinya jalan tersebut akan dinaik taraf dengan lebih selesa," ujar Masiung lagi.
Sehingga kini. kata Masiung, Kerajaan BN tidak pernah meminggirkan mana-mana rakyat tetapi sesuatu projek yang bakal dilaksanakan memakan sedikit masa untuk mematuhi semua prosedur yang ditetapkan.
Ditanya mengenai situasi perkembangan politik, khususnya di kawasan Kuamut, Masiung berkata menjelangnya PRU 13 ini , semakin banyak anasir yang cuba memecahbelahkan perduan di kalangan rakyat; terutama sekali para pemimpin pembangkang yang sentiasa melemparkan tuduhan tidak berasas.
“Para pemimpin pembangkang seperti PAS, PKR dan SAPP ini hanya pandai bercakap dan berjanji tinggi melangit, namun segera melupakan janji mereka setelah kalah pilihanraya," ujar Masiung lagi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.