Saudara Pengarang,
SAYA, Javier Benson menulis kali ini bagi pihak Asim Bin Ibrahim dan Hanif Bin Kamal yang merupakan dua warganegara India Mamak yang sering latang memperjuangan hak; tertutama di kalangan India Muslim Sabah.
Kami, kali ini meluahkan rasa kecewa kami kerana seorang suspek PATI iaitu 'Pandikutti' Nasir Bin Yusof @ Latiff yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan tidak disoal siasat dengan sepatutnya.
Kami berharap agar semua pembaca artikel kami mengambil keputusan yang sepatutnya. Artikel ini saya tujukan kepada Panel RCI, Sabahkini.net, Pengarah Imigresen dan Pengarah Pendaftaran Sabah dan semestinya untuk makluman rakyat Sabah yang sedang ditindas. Semua artikel di bawah adalah merujuk kenyataan artikel asal daripada Chung Su Li yang bertajuk 'Skandal IC Projek Terbaru Di Sabah?'
Kami agak terkilan bagaimana Panel RCI boleh menjalankan siasatan tanpa meneliti segala fakta yang diberikan? Apakah Panel RCI dan peguam yang dilantik tidak tahu menjalankan siasatan atau menyoal siasat?
Bagaimanapula Sabahkini.net yang sering lantang dalam isu ini boleh berpeluk tubuh dengan penjelasan yang diberikan oleh suspek Latiff yang memang kita tahu tidak benar?
Begitu juga dengan Pengarah Imigresen Sabah, Mohamed Mentek hanya mengangguk kepala di dalam Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mendengar pengakuan Latiff yang beliau memang agen haram di premis-premis kerajaan? Bagaimana semua pihak boleh berasa lega dengan penjelasan yang direka oleh suspek Latiff?
Seorang rakan kami yang membekal barangan terutama sayuran di kedai mamak berasa sangat sedih membaca penjelasan Latiff melalui dada akhbar tempatan. Beliau kecewa kerana Panel Penyiasat RCI tidak menanyakan soalan yang sepatutnya dan menerima semua kenyataan Latiff tanpa mengesahkan kebenarannya?
Bagaimana fakta yang begitu besar yang tersiar di internet hasil usaha oleh saudara-saudara seperjuangan sebelum ini boleh diterima oleh RCI dengan satu ungkapan ‘Fitnah 100 peratus'?
Kami merayu Panel RCI meneliti semua persoalan kami dan Rakyat Sabah seperti berikut:
01) Latiff memberitahu RCI bahawa beliau tidak memiliki kerakyatan di negara lain selain Malaysia. Kami meminta penjelasan dengan salinan pasport Latiff sebelum ini bahawa dia sah menjadi penduduk India dan hanya mengunakan visa 'Tukang Masak’. Kami meminta Penjelasan Pengarah Imigresen tentang salinan pasport tersebut seperti yang didedahkan oleh Chung Su Li.
02) Bagaimana pula RCI boleh berpuas hati mendengar penjelasan yang penuh tipu daya daripada Latiff mengenai dua Mykad yang dimilikinya sekaligus dengan mengatakan bahawa itu kesalahan dan kesilapan pendaftaran? Apa komen Pengarah Pendaftaran Sabah?
03) Latiff mengakui bahawa dia tidak pandai membaca Bahasa Melayu di hadapan Panel RCI, jadi bagaimana suspek ini layak menjadi agen di Imigresen dan Pendaftaran yang memerlukan mengisi pelbagai borang dalam bahasa Melayu? Mengapa Mentek tidak menyiasat hal ini? Siapakah yang boleh membenarkan Latiff berniaga di JIM dan JPN Sabah?
04) Mengapa pula saksi-saksi seperti Kasim Bin Aziz, Chung Su Li, pengawai-pegawai yang terlibat tidak disoal siasat mengenai suspek Latiff; sebaliknya Kasim dan Chung di soal siasat mengenai Mykad mereka pula dan langsung tidak menyentuh soal suspek Latiff.
05) Bagaimana pula RCI boleh berpuas hati dengan kemampuan Latiff menyebut 'Rukun Negara' walaupun ada kesalahan? Latiff hanya menghafalnya setelah melihat saksi lain disoal siasat. Mengapa tidak meminta suspek Latiff menjelaskan Rukun Negara satu per satu serta sejarah negara kita ini?
06) Bagaimana pula Pengarah Imigresen dan RCI mempercayai bahawa Latiff hanya mempunyai 20 pelanggan dalam urusan visa? Mengapa tidak menanyakan bagaimana dengan 20 pelanggan boleh menjadi kaya raya? Bagaimana pula dakwaan Chung Su Li sebelum ini bahawa ada ratusan pasport disimpan di pejabat Latiff? Bagaimana Latiff boleh memiliki pejabat dan kerani jika hanya mempunyai 20 pelanggan? Bagaimana pula dakwaan Latiff mempunyai pelbagai kehebatan dalam memalsukan dokumen?
07) Kata-kata manis Latiff bahawa dia tidak kenal sesiapa pegawai pun ketika berurusan di JIM Sabah. Bagaimana kita boleh mempercayai hal ini sedangkan terbukti bahawa perkhidmatan Latiff adalah yang paling terlaju di Sabah. Agen sah pun tewas di hadapan agen haram. Perkara ini berlaku kerana dia mempunyai ramai kenalan di JIM Sabah. Bagaimana pula Puan Suzie? Dia tidak kenal jugakah?
08) Apa pula komen RCI dan JPN mengenai dokumen kehilangan MyKad yang dipaparkan oleh Latiff? Mengapa perkara ini tidak dibangkitkan dalam penyiasatan dan di Mahkamah?
09) Bagaimana Panel RCI boleh menerima kenyataan bahawa dia tidak pernah membantu sesiapa pun dalam mendapatkan Mykad sedang dakwaan jelas mengatakan dia Ketua Rangkaian Sindiket IC dengan semua bukti kukuh terdedah sebelum ini?
10) Mengapa Panel RCI tidak menyiasat sedalamnya semua bukti yang terpapar dalam internet mengenai suspek ini?
Rakyat Sabah sebelum ini sudah mengangkat sumpah bahawa RCI dikatakan tidak berjaya jika Latiff tidak dikenakan tindakan yang sepatutnya. Rakyat Sabah masih berakal dan waras dalam meneliti semua bukti yang diberikan. Malah Asim mengatakan Latiff mengakui bahawa Mykad beliau dibeli dalam Mesyuarat India Muslim.
Semua rakyat India benci dengan Latiff. Beliau perosak bangsa dan negara. Hanif mengatakan bahawa tidak salah kerajaan memberikan sejuta orang Filipina Mykad, Haram dan Haram jika memberikan kepada seorang yang bernama Latiff.
Pandangan ini jelas kerana Latiff merupakan racun perosak yang amat berbahaya. Kita sedia maklum, Latiff sudah menjual negara apabila beliau mula menjalankan jual beli IC. Selain itu,Latiff juga amat ‘sial’ kerana mendidik pegawai kerajaan kita menerima rasuah.
Asim dan Hanif tidak berpuas hati dengan Persatuan India Muslim yang melantik Latiff menjadi Setiausaha. Perkara ini adalah kerana Latiff tidak tahu membaca Melayu. Ini pengakuan Latiff sendiri di Mahkamah. Setiausaha adalah satu jawatan penuh dengan penulisan. Bagaimana kita boleh menganggap Latiff akan menjalankan tanggungjawab tersebut jika dia tidak pandai membaca dan menulis?
Saya merasakan Latiff anak luar nikah. Mengapa RCI tidak menyiasat adik beradiknya yang sudah didedahkan dengan lanjut sebelum ini. Abangnya Peer Mohamed yang merupakan Presiden Ikatan Insan dan adiknya yang masih memegang pasport merupakan adik beradik yang sah.
Lokasi mereka juga telah dinyatakan jelas. Semasa di Mahkamah Latiff ada mengatakan bahawa beliau mempunyai saudara di Melinsung dan ternyata itu adalah adiknya seperti yang didedahkan oleh Chung sebelum ini.
RCI juga harus menyiasat dengan lebih lanjut penjelasan berunsur penipuan yang dikatakan oleh Latiff terutama beliau mendedahkan bahawa dia pernah mengundi di tiga kawasan.
Pengakuan tipunya ini wajid disiasat semula. Untuk makluman Panel RCI, Latiff tidak pernah mengundi pada MyKad lama dan pada MyKad baru yang dibuatnya, dia belum pernah mengundi walaupun ada didaftarkan sebelum ini.
Sabahkini.net juga harus malu jika suspek Latiff dibiarkan sebegitu sahaja. Sabahkini.net harus membawa perkara ini di hadapan penyiasat Panel RCI secepat mungkin sehingga Latiff dipanggil semula untuk kepuasan rakyat Sabah yang ditindas.
Menurut Asim, beliau pasti bahawa semua kenyataan Latiff di mahkamah adalah diajarkan oleh pegawai-pegawai JPN dan JIM. Namun Asim tidak mengetahui siapakah pegawai tersebut?
Kepada semua rakyat Sabah, tolonglah kami. Majoriti rakyat Sabah berharap RCI memanggil semula suspek ini. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Latiff tidak normal kerana perbuatannya melacurkan ibu pertiwi kita. Kita harus malu membenarkan Latiff berada lama di negara kita.
Kami tidak mahu melihat Latiff keluar masuk secara bebas ke Imigresen lagi. Kami malu melihat sikap Latiff yang sombong dan merasakan dialah yang mampu membuat segala-galanya dengan pengaruh rasuah.
Kami mengambil langkah yang baik, kami ada menulis surat kepada RCI, Pengarah-Pengarah untuk meneliti kenyataan Chung yang kami rasakan lebih benar daripada kenyataan rekaan Latiff. Kami berasa, rakyat Sabah akan mendengar berita gembira tidak lama lagi.
"Ada Si Jahaman Latiff-Jahanamlah Sabah".
Bersama kita hancurkannya.
Sekian,
JEVIER BENSON, ASIM DAN HANIF
(NOTA PENGARANG : Sabahkini.net enggan mengulas keterangan Latiff di hadapan Panel RCI kerana tidak ingin mengganggu prosiding mahkamah. Segala maklumat yang disiarkan Sabahkini.net adalah benar dan tidak menyebelahi mana-mana blok. Sewajarnya Panel RCI diberikan peluang untuk menjalankan tugas mereka tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Sabahkini.net akan menyelongkar isu ini sehingga ke akar umbi sebaik sahaja Panel RCI mengemukakan laporan rasmi. Harap Maklum)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.