`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 20, 2013

PATI SABAH SERANG SELANGOR?




KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.
Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.

"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah. Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.

Dalam video itu juga menunjukkan MyKad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.

Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada agen.

Selepas itu, sejumlah RM6,000 hingga RM10,000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.

"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.

Sebelum ini, bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.

Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.

16 comments:

  1. Lajim Dapat Durian Runtuh: Anwar Umum calon Parlimen Beaufort

    Anwar Ibrahim sekali lagi meneruskan sessi jelajah pembohongannya di Sabah. Selaku Ketua Umum PKR mengharapkan satu-satunya peluang beliau yang terakhir iaitu pengundi-pengundi Kristian di Sabah untuk memastikan Pakatan Pembangkang berdaya saing di dalam Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Masyarakat di Semenanjung sudah muak dengan janji-jnaji retorik beliau. Pakatan Pembangkang juga gagal melebarkan pengaruh di Sarawak.

    Kita semua telah maklum bahawa pada Pilihanraya Negeri Sarawak April tahun lalu di mana hanya DAP yang mampu bertapak di Sarawak. Tidak PKR dan jauh sekali PAS! Mahu tidak mahu Anwar terpaksa mengharapkan peluangnya yang terakhir iaitu di Sabah. Itupun selepas beliau digula-gulakan oleh dua pemimpin Sabah yang berpaling tadah iaitu Lajim Ukin danWilfred Bumburing, yang bercita-cita tinggi untuk terus bertanding di dalam PRU13.

    Selepas siri lawatan pembohongan di Sabah, hari ini Anwar terpersona dengan dakwaan Lajim, bahawa MP Beaufort itu mampu menawan Parlimen Beaufort, Dun Klias dan Dun Kuala Penyu, melalui PPSnya.

    Serentak dengan itu, Anwar Ibrahim telah mempersonakan Rakyat Kuala Penyu dengan lagu Sabah sudah goyang dan mengumumkan Lajim Ukin kekal sebagai calon bagi Parlimen Beaufort dan John Ghani sebagai calon Kuala Penyu. Bagi Lajim Ukin, cita-citanya untuk terus dicalonkan tercapai. Perdulikan sekiranya beliau tidak dapat mempertahankan kerusi berkenaan, Janji sifat tamaknya dipenuhi.

    Lajim Ukin adalah seorang yang opportunis. Masakan tidak seoarang yang menghabiskan RM50,000 semata-mata untuk membodek Anwar Ibrahim dengan membeli surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah yang dihantar daripada Penjara Sungai Buluh. Surat yang dibida harga pembukaan RM50,000 dibeli oleh beliau pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati, Shah Alam tidak lama dulu.

    Rakyat tahu hubungan Anwar Ibrahim-Lajim Ukin bukan ikhlas untuk membantu Rakyat sebaliknya masing-masing mempergunakan masing-masing dengan satu matlamat iaitu untuk berkuasa. Lajim Ukin mahu terus bertanding mempertahankan kerusinya. Ini tidak dapat diberikan oleh partinya terdahulu disebabkan ada tanda-tanda awal Rakyat Beaufort sudah menolaknya. Anwar Ibrahim seperti biasa terus dengan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 dan mengunakan sisa-sisa pengaruh Lajim Ukin yang ada untuk terus membohogi dan mempergunakan Rakyat Sabah.

    Apapun Rakyat Sabah tidak tertipu dengan slogan “Ini kalilah!”

    ReplyDelete
  2. How would you sure all of them from Sabah? Mind you, Peninsula do have PATI from Indonesia.

    ReplyDelete
  3. Sikit2 nak kaitkan nama sabah apa la

    ReplyDelete
  4. Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu bahawa keuntungan wang ringgit merupakan satu-satunya motif di sebalik pengeluaran kad pengenalan (KP) kepada pendatang di Sabah oleh beberapa individu dan ejen.

    ReplyDelete
  5. Superintenden Ahmad Fauzan Mohamad, seorang pegawai cawangan khas di Kuala Lumpur, berkata tidak terdapat motif lain di sebalik pengeluaran KP oleh sindiket berkenaan, melainkan untuk mendapatkan wang.

    ReplyDelete
  6. "Mereka (pendatang) dikenakan bayaran RM50 hingga RM1,400 bagi setiap KP yang dikeluarkan kepada mereka. Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan dengan politik, melainkan hanya untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit. Pengeluaran KP di Sabah menghasilkan wang.

    ReplyDelete
  7. "Kegiatan itu (pengeluaran KP) dirancang dengan teliti dan saya dapati selain pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang awam juga terlibat sebagai ejen dan sub ejen," katanya ketika menjawab soalan pegawai siasatan Manoj Kurup.

    ReplyDelete
  8. Ahmad Fauzan, yang kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Sindiket Pemerdagangan Manusia di Polis Cawangan Khas Kuala Lumpur, berkata berdasarkan maklumat risikan yang ditelitinya, sindiket berkenaan memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP itu.

    ReplyDelete
  9. Walaupun ditanya berkali-kali, saksi itu berkata beliau berpuas hati bahawa penilaiannya mengenai maklumat risikan tentang sindiket KP ketika itu ialah ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan.

    ReplyDelete
  10. Kata Ahmd Fauzan, beliau ditugaskan membuat penilaian terhadap maklumat risikan mengenai sindiket KP Sabah di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis Persekutuan) dari akhir 1995 hingga Februari 2010.

    ReplyDelete
  11. Saksi ke-56 itu berkata sejumlah 94 individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 1995 hingga 2001.

    ReplyDelete
  12. Katanya jumlah itu termasuk pegawai JPN, penjawat awam lain serta individu dan mereka ditahan mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara. Beliau berkata kegiatan itu bukan saja mengancam keselamatan negara, tetapi juga kestabilan politik, sosial dan ekonomi Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Kata saksi itu lagi, daripada jumlah mereka yang ditahan mengikut ISA, 80 dikenakan tahanan selama dua tahun, enam dikenakan perintah kediaman terhad dan lapan dibebas tanpa syarat.

    ReplyDelete
  14. Ditanya siapakah yang memandatangani perintah tahanan itu, Ahmad Fauzan berkata ia ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu.

    ReplyDelete
  15. Ditanya kenapa tidak seorang pun daripada mereka yang ditahan mengikut ISA itu tidak dihadapkan ke mahkamah setelah dibebaskan, beliau berkata ia merupakan amalan biasa bagi semua kes ISA. Ahmad Fauzan bagaimanapun berkata kira-kira 3,035 orang yang memiliki KP palsu dihadapkan ke mahkamah.

    ReplyDelete
  16. siasat hal ini untuk pastikan benar atau tidak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.