`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 25, 2013

Pengikut Sulu tidak mahu pulang


Manila dilaporkan akan mengkaji tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
PETALING JAYA: Krisis di Lahad Datu mungkin tidak berakhir dengan segera apabila pengikut Kesultanan Sulu dilaporkan tidak akan meninggalkan Sabah.
Malah isteri kepada pengikut Sultan Sulu yang berada di Lahad Datu juga  tidak akan meninggalkan suami mereka.
“Mereka tidak akan pergi,” kata Abraham Iridjani, jurucakap kesultanan Sulu seperti dilaporkan laman web viva.co.id dipetik dari akhbar Inquirer hari ini.
Ia melaporkan kapal angkatan laut Filipina tiba untuk membawa pulang orang Sulu yang sudah tiga minggu berada di Lahad Datu.
Bagaimanapun, rundingan masih dibuat untuk menghantar mereka pulang ke Mindanao.
Manila kaji tuntutan
Inquirer juga melaporkan  Manila akan mengkaji tuntutan  Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Menurut Inquirer, ini dilakukan untuk menghentikan kependudukan ratusan orang Sulu bersenjata di Lahad Datu.
Menteri Kehakiman Filipina Leila de Lima mengatakan bahawa Presiden Aquino telah memerintahkan Kementerian Kehakiman, Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Presiden mengkaji kekuatan undang-undang tuntutan itu.
Beliau mengatakan, Kementerian Kehakiman bertanggungjawab dari aspek undang-undang, manakala, Kementerian Luar Negeri mengkaji dimensi keputusan tuntutan dan Pejabat Presiden akan mendapatkan maklumat mengenai sejarah tuntutan itu.
“Kami akan mencuba untuk menyelesaikannya dalam waktu beberapa hari,” kata  Lima.
Kesultanan Sulu mendakwa Sabah  adalah milik mereka berdasarkan data sejarah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.