`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 5, 2013

RUMAH PPRT JADI PEJABAT LADANG SAWIT?




SUNGGUH malang nasib rakyat miskin kerana Pemimpin BN Senallang di Semporna kerana menggunakan rumah PPRT dijadikan Pejabat Rasmi ladang kelapa sawit yang dipercayai milik Ahli Parlimen Semporna, merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pemimpin USNO Semporna yang menerima aduan penduduk kampung Trapuli, berhubung perkara ini telah mengarah Setiausaha Penaja USNO DUN Senallang, Antoni, untuk menjalankan siasatan ke lokasi yang didakwa berlaku penyelewengan.
Dalam lawatan mengejut pemimpin USNO ke Kampung Bukit Sakong di DUN Bugaya Semporna pada pagi 3 Februari lalu, mengesahkan terdapat 4 buah rumah PPRT yang digunakan sebagai pejabat rasmi ladang kelapa sawit di kawasan itu oleh para pekerja.

Pasukan peninjau juga mendapati kerani pejabat ladang sedang menjalankan tugas harian di dalam rumah PPRT yang digunakan sebagai pejabat ladang.

Dilaporkan bahawa penyelewengan peruntukan dan salahguna peruntukan rakyat dan hak orang miskin sedang berluasa di daerah ini sejak akhir-akhir ini.

Manakala di DUN Sulabayan pula, USNO menerima laporan bahawa FELCRA telah menjadikan perusahaan rumpai laut di Kg. Look Butun dan Labuan Haji menggunakan modus operandi yang sama iaitu menggunakan peruntukan PPRT untuk membina pejabat ladang rumpai laut; malah menyewa pajak perusahaan berkenaan kepada pengusaha daripada Semenanjung Malaysia.

USNO Semporna memohon pihak berwajib, terutama SPRM membuat siasatan rapi mengenai perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya supaya peruntukan rakyat miskin tidak disalahgunakan dan wakil rakyat diambil tindakan sewajarnya. (Media USNO)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.