`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 15, 2013

Satu Lagi "Bonus" Untuk Rakyat..


KUALA LUMPUR 15 FEB: Kenaikan kadar insurans bagi semua jenis kenderaan mulai hari ini bukti kerajaan Umno pentingkan keuntungan berlipat ganda berbanding kesulitan ditanggung rakyat, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.

sim tze tzim“Kerajaan lebih tunduk kepada syarikat besar yang mahu mengaut untung lebih besar. Ini semua memberi faedah kepada mereka. Ia memberi ruang kepada bank dan syarikat insurans untuk naikkan tarif,” katanya ketika dihubungi.

Maklumat berhubung kenaikan kadar insurans itu diperolehi melalui surat edaran yang dihantar kepada pengendali dan agen-agen insuran bertarikh 7 Februari lalu.

Bagi pemilik kenderaan, mereka akan mulai membayar dengan tarif harga yang baru mulai hari ini apabila ia dikuatkuasakan sepenuhnya.
Perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

Surat pekeliling itu turut memberitahu kelulusan kenaikan premium itu diluluskan Bank Negara sebelum ini.
“Ini hanya permulaan, bayangkan jika Barisan Nasional terus mentadbir, banyak lagi kadar akan dinaikkan termasuk harga barang keperluan, elektrik dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST),” kata Sim mengulas kenaikan itu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu, rakyat Malaysia membelanjakan 40 peratus dari pendapatan secara purata hanya untuk kenderaan iaitu bagi tujuan membeli kenderaan, minyak dan penyelenggaraan.

“Perbelanjaan untuk kenderaan adalah yang kedua tertinggi selepas perbelanjaan isi keluarga sebanyak 140 peratus dari pendapatan. Hutang isi keluarga rakyat Malaysia juga merupakan yang tertinggi di Asia,” jelas Sim.

“Tidakkah pemimpin kerajaan nampak bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat? Mereka ingat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) cukup untuk menampung keperluan ketika harga barang melambung?” tegas Sim.

“Syarikat besar dapat untung berjuta-juta, berbilion-bilion. Adakah mereka tidak mampu untuk menampung harga kadar insurans yang lama sampai perlu naikkan? Jelas, mereka dan kerajaan hanya mahu kaut keuntungan lebih besar,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.