`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 15, 2013

Rupanya Ini Kerja Tak Bertamadun Samseng Umno Muar


MUAR 15 FEB: Satu lagi perbuatan khianat samseng Umno berlaku apabila bendera KEADILAN dan PAS di Muar dicalitkan dengan lambang salib, dipercayai malam tadi selepas kejadian sama juga berlaku di Johor 25 Januari lalu.Setiausaha Cabang Muar, Hazli A Rahman berkata, kejadian itu disedari pagi tadi oleh aktivis parti apabila mendapati dua bendera yang digantung di tepi jalan Parit Sakai, Jalan Temenggong Ahmad, di sini diconteng lambang salib.Dipercayai tindakan ini ekoran kemarahan Umno yang tidak boleh menerima sambutan rakyat terhadap kemaraan Pakatan Rakyat di daerah tersebut.“Ini menunjukkan ketakutan dan betapa terdesaknya Umno BN Muar terhadap asakan bertali arus Pakatan Muar dan juga kebimbangan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

“Setelah gagal meyakinkan rakyat Muar dengan idea dan tawaran politik segar serta melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan semakin kukuh, Umno BN terpaksa menekan ‘butang panik’ melakukan tindakan desperado membuat provokasi hina sebegini,” katanya pada kenyataan.

Hazli berkata, sikap tidak matang Umno BN itu amat memalukan sekaligus pamer politik murahan bertujuan untuk memainkan sentimen agama.“KEADILAN Cabang Muar tegas mengutuk tindakan politik sebegini. Kami desak Umno BN Muar hentikan politik tidak matang.

Berlawanlah di atas pentas hujah,” katanya.Beliau juga menggesa rakyat tidak termakan ideologi ‘longkang’ yang cuba diserap Umno BN.“Kita tidak perlu terperangkap dengan propaganda picisan ini.

Banyak lagi isu rakyat yang perlu difokus.“Hentikan segala taktik kotor. Hormati hak demokrasi dan partisipasi dalam berpolitik. Rakyat Muar makin bijak menilai tindak tanduk Umno BN yang curang dalam menjalankan amanah,” katanya.

Sebelum ini, insiden khianat tersebut berlaku di Batu Pahat apabila bendera KEADILAN dan PAS turut dicalitkan dengan lambang salib.Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.