Oleh : GEGAR
GABUNGAN NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) tampil ke SUHAKAM bagi membela nasib seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, Puan Ollivia Julius @ Mastura Anizan yang dinafikan hak anaknya untuk mendapat My Kad.
Anaknya, Nurul Hamizah Yasmin kini berusia 15 tahun menerima tekanan yang begitu hebat apabila tidak memperolehi kad pengenalan.
Nurul Hamizah telah dilahirkan pada 27 November 1998. 8 bulan selepas itu Nurul Hamizah memperolehi sijil kelahiran dengan cop 'Pendaftaran Lewat'.
Nurul Hamizah terpaksa membawa sijil lahirnya ke mana sahaja dan seringkali berasa malu untuk keluar rumah. Ketika Nurul Hamizah berusia 12 tahun, Puan Ollivia telah mengemukakan permohonan Mykad daripada Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Kota Kinabalu untuk anaknya.
Namun, permohonan tersebut ditolak oleh pihak JPN atas alasan Sijil Kelahiran tersebut perlu dibawa ke mahkamah terlebih dahulu untuk pengesahan.
Kemudian, pada 2 September 2010, Puan Ollivia telah membawa perihal ini kepada Mahkamah Rendah Kota Kinabalu sebagaimana disarankan oleh pihak JPN.
Pihak Mahkamah Rendah menerima permohonan Puan Ollivia dan memintanya menunggu sehingga pihak mahkamah menghubunginya.
Bagaimanapun, semenjak 2010 sehingga sekarang (2013) pihak mahkamah belum menghubungi Puan Ollivia. Pihak mahkamah berulang kali memberikan alasan yang sama iaitu “masih banyak kes yang hendak diselesaikan semenjak 2009, nanti kami hubungi”.
Untuk itu, Puan Ollivia telah mengajukan permasalahan ini kepada Ahli Parlimen Sepanggar, Datin Jainab. Namun, sehingga kini tidak memperolehi sebarang respon.
Begitu juga dengan Badan Pengaduan Awam, meminta Puan Ollivia terus berhubung dengan pihak mahkamah, tanpa mengambil sebarang keterangan daripada Puan Ollivia.
Seterusnya, Puan Ollivia mengajukan perkara ini kepada Sabah Law Association (SLA) untuk tindakan undang-undang. Respon daripada SLA meminta Puan Ollivia membuat satu surat kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, surat tersebut ditolak pihak Mahkamah Tinggi atas alasan kes tersebut perlu diselesaikan di peringkat Mahkamah Rendah dan menyatakan dokumen permohonan Puan Ollivia telah dihantar ke Putrajaya.
Tempoh masa menunggu yang terlalu lama dan kesukaran memperolehi Mykad, memberikan tekanan kepada Nurul Hamizah dalam menjalani kehidupan sehariannya.
Beberapa insiden seperti hampir ditahan pihak Polis kerana tidak memperolehi MyKad dan hanya membawa sijil kelahiran, kesukaran membuat urusan kewangan di bank menekan Nurul Hamizah sekaligus membawa kesan trauma dalam dirinya apabial tidak berani keluar rumah.
Perkara ini bertambah kritikal apabila Nurul Hamizah bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini dan memerlukan Mykad bagi menduduki peperiksaan. Begitu juga dengan Puan Ollivia, terpaksa menghabiskan wang ringgit dalam menguruskan Mykad anaknya.
Puan Ollivia merupakan ibu tunggal dengan empat orang anak dan salah seorang anaknya adalah Orang kurang upaya (OKU). Puan Ollivia hanya bekerja sambilan sebagai mak andam dan mengajar kelas mengaji.
Pendapatan bulanan untuk menyara keluarganya pada setiap bulan tidak mencukupi dan ditambah lagi dengan permasalahan Mykad anaknya.
Maka, GEGAR membawa perkara ini untuk perhatian SUHAKAM dan media. GEGAR berpendirian, sistem hari ini begitu menekan rakyat.
Menurut SUHAKAM, kes sebegini telah banyak berlaku dan seringkali mengundang penafian hak rakyat Sabah. Persoalannya, mengapa masih wujud masyarakat Sabah yang sukar memperoleh Mykad? Sedangkan pada masa yang sama MyKad diberikan kepada Pendatang Asing seperti "menghantar Pizza ke rumah"? Ini menunjukkan kegagalan sistem kerajaan hari ini dan membebankan rakyat.
Maka, GEGAR menyarankan reformasi sistem tadbir urusan Daftar Lewat Sijil Lahir dan MyKad dilakukan meskipun ia melibatkan pertukaran kerajaan. Di peringkat SUHAKAM, berjanji untuk membawa isu ini kepada pengarah JPN dan Kementerian Dalam Negeri untuk di selesaikan.
SUHAKAM juga mengharapkan kerjasama semua pihak terutama anak muda dalam menyebarkan mesej hak asasi dan mempertahankannya.
Saya takut adik saya pun mcm tu sebap mami saya urus pun dia suru pi makamah dulu sebap lewat daftar lahir atau daftar lewat umur 9 bulan baru urus surat beranak atas alasan kesempitah uwang pada masa itu
ReplyDeleteJafdi mcm mana la klau jadi mcm tu
Makama pun cakap tempo 5 tahun paling awal dapat jawapannya
Sunggu tak adil klau mcm ni
saya mahu bertanya kepada masyarakat&pihak jpn,kenape saya memohon sijil daftar lewat isteri saya sangatlah susah.sedangkan isteri saya orang malaysia,tapi susah untuk mendaftar tersebut.saya dan isteri saya sudah lama memohon tapi masih juga belum siap.sudah 3 tahun ini kami menunggu keputusan tersebut masih juga sama.baru2 ini kami mahu tahu status permohonan tersebut,pihak jpn suruh buat perkara yang sama juga seperti tahun2 yang lepas.mereka suruh temuduga dahulu,tahun lepas pun macam itu.sampai bila kami mahu tunggu.sudahlah kami ini hanya rakyat biasa bukannya banyak duit untuk buat perkara yang sama.tambah lagi kami ini orang kampung pendalaman mana mampu kami ulang alik pergi bandar bayar tambang sampai ratusan ringgit.harap pihak kerajaan beri perhatian kepada rakyat seperti kami..
ReplyDeleteKenapa kerajaan skrg berlainan sdh..Dari segi undang2, peraturan, prosedur, dan termasuklah apa sja sistem, sya lihat mkin byk urusan shgga menyusah kn rakyat. Kemarin sya di makamah mahu Endorsment atau cop makamah. Saya di beri satu borang utk di isi mengenai daftar lewat memohon kad pengenalan utk umur 12thun..dlm borang Bermacam2 di minta lihat gambar dlm post..paling sya hairan berkenaan saksi yg d minta oleh pihak makamah..Dan paling teruk pula perkara sebegini akan di bicara ke makamah setelah tarikh d umum..TETAPI UTK MENUGGU TARIKH D BICARA SEKURANG KURANG PALING CEPAT 1 TAHUN.....adakah masuk akal smpi bgtu lama...tetapi konon dlm malaysia canggih lah moden lah cekap lah SO INI APA CRTA SMPI MAU MNUGGU SETAHUN UTK D BICARA...DAN ADA JUGA DR MULUT ORG YG SYA DGR BERKATA ANAK SYA MAU DKT 4 TAHUN PUN BLM DPT IC.....JADI MCM MNA PULA PTI BLH DPT IC DAN SYA RSA LAH MCM MUDAH PTI DAPAT IC.....SYA ORG TEMPATAN TETAPI MCM2 MAKAMAH MAHU DOKUMEN UTK SELESAI KES LEWAT DAFTAR..SYA RSA MCM DIRI SYA PULA ORG PTI KERANA MNGURUS HAL SBEGINI....KECEWA KECEWA KECEWA.....SYA TDK PHM KERAJAAN SKRG....MAKIN MENYUSAHKAN RAKYAT.....BERANI KERANA BENAR DAN MEMBERI PENDAPAT...BANGUNLAH UNTUK SABAH..
ReplyDeletesma la cta..sya selaku pnjaga kpda adik2..ayah da arwah.so..soalnya skg.adik sya da habis STPM.smpai skg x dpt IC..alasan pihak2 tertentu " tunggu panggilan..bulum kena semak la..oh god! da btahun bsabar..buang masa, kos...kita org pun bukan senang2 ambik cuti & punggut duit tepi jalan utk p tmpt tu..sbb sistem negara ke mcm tu? satu..,masa depan adik..dapt result.nak smbung bljr ke U..tapi IC teda.padahal kita lahir sini.belajar sini..MENYEDIHKAN...
ReplyDeleteKebanyakan org yang ada mslh dgn sijil kelahiran lewat adalah orang berpendapatan rendah..jadi kmi berharap pihak berwajib dpt membantu kmi...
ReplyDeleteini semua akibat politik kotor dan pemimpin yang dalam kerajaan disabah ni pegang slogan rasuah dan poket sendiri di utamakan rakyat di bodohkan dan diabaikan ,mykad PATI diutamakan untuk pilihanraya..tu sebab senaga dilewat-lewatkan,banyak pendaftaran lewat mykad ,banyak juga pati boleh di berikan mykad..
ReplyDeleteSaya sendiri dalam keadaan yang sama. sedangkan lahir, belajar di sabah, smpai pringkat STPM. mau smbung U. IC xda. truk gila undng2 negara skrg.
ReplyDeleteadalah tidak adil anak anak kami mempunyai sijil lahir daftar lewat dan sukar dapst endos dimahkamah,,,tapi kenapa undi kami dapat dikira dalam kerajaan,,,undi kami dapat buat kerajaan,,,klu kerajaan ragu anak kami tu buat kajian DNA saja,,,kan senang,,,walau pun kos DNA mahal ,,,tapi memudahkan,,,kerajaan yang ujudkan sistem endosmen ini ,,jadi kerajaanlah yang tanggung kos DNA ini,,,,jangan tahu nk tindas rakyat saja,,,kerajaan iu milik rakyat,,,hormatilah hak rakyat,,,
ReplyDeleteadalah tidak adil anak anak kami mempunyai sijil lahir daftar lewat dan sukar dapst endos dimahkamah,,,tapi kenapa undi kami dapat dikira dalam kerajaan,,,undi kami dapat buat kerajaan,,,klu kerajaan ragu anak kami tu buat kajian DNA saja,,,kan senang,,,walau pun kos DNA mahal ,,,tapi memudahkan,,,kerajaan yang ujudkan sistem endosmen ini ,,jadi kerajaanlah yang tanggung kos DNA ini,,,,jangan tahu nk tindas rakyat saja,,,kerajaan iu milik rakyat,,,hormatilah hak rakyat,,,
ReplyDeleteCuba buat ic di jpn putrajaya..ari tu ada tnya..pegawai tu kata ble buat ic walaupun surat lhir ada di tulis "dafar lewat kelhiran" klu nk buat endors di semennjung pun ble..asalkn nk mohon ic jgn lewat hingga usia 16 1 hari..
DeleteSama dengan masalah adik sya..permohonan kena reject.. Surat beranak di ambil balik oleh jpn.. Kami tak tau apa sebab..skrg adik sya langsung tiada dokumen apa2..tunggu keputusan dari mahkamah hampir 2 tahun kami tunggu...skrg dapat panggilan sudah...tiba2 kena reject..kami buntu sudah mau buat macam mana.. Adik saya masih bersekolah d smk bandaraya.. Tak lama lagi mau maik pt3..macam mana mau selesaikan masalah ni..
ReplyDeletesy dah berusaha selama 10tahun utk berurusan di pndaftaran sbab sy anak yatim tiggal dgn makcik,sy bhenti skolah slpas upsr,sbab mkcik org susah lgi anaknya ramai yg perlu bersekolah jdi sy ambil keputusan utk berhenti & mcari kerja utk mbantu makcik sy,gaji sy ckup2 sj,jdi sy berurusan di JPN TAWAU utk mgurus IC sy sendiri rupanya bgitu payah sy org tempatan mak kandung sy warganegara malaysia,di sebabkn dia dah tinggal sy msa berumur 5 tahun dgn makcik sy & bapa sy ada sijil kematian.. tpi sy di layan mcm org peminta sedekah di halau sy mcm tu dah la msa tu sy berusia 13tahun sy tak tau apa2 bab mgurus ni yg sy tahu sy kena urus IC sy sbab umur 12thun kena urus sudah.. sy ckp dgn pengawai pndaftarn tu sy nak buat IC smua dokumen sy lengkap dah ada cop dri mahkamah. tpi di sbabkn sy takda bawa org yg lebih dewasa sy ajukn msalah sy.. tpi sy d halau 2 kli sy kena halau pertama alasan sijil bapa sy tidak lengkap tiada bukti kematian dah la terang2 sijil kematian di situ pengawai tu ckp klu bukti itu sijilnya bukti kuburannya lgi d minta jdi sy pergi la btu 11 jln apas utk ambil gambar kuburan bapa sy, slpas tu sy pergi semula ke pendaftarn bawa bukti tersebut tpi pegawai tu minta lgi bukti bahawa IC mamaku tu btul atau tidak klu bole bawa oegnya skli,tpi sy kn dah d tinggalkn dri kecil lgi d mna sy mau cri makcik sy pun tak tau ke mna.. sy bgitau pengawai tersebut klu sy tak dpt cri dia sbab perlukn kos yg banyak,tpi yg buat sy sakit hati sgt pengawai tu ckp cri di rumah manyat atau di kuburan sbab lama sudah mhilang.. klu jumpa bgi juga gmbar kubirannya st menangis teruk sgt sy melangkah kaki dri JPN TAWAU tu sy nekad utk tidak dtg ke tmpt tu lgi.. mmg teruk sgt shingga la sy berkerja keras utk kumpul duit nak berurusan di kota kinabalu dgr di sna bgus cara berurusan,ada ckup duit sy bergerak ke kota kinabalu pun sndiri msa tu sy dah 20thun faham2 jk la gaji kecil mmg makn msa yg lama..sy ulang alik tawau ke kk,kk ke tawau utk surat2 lain yg diperlukn.. akhirnya sy dpt resit IC smpi skrg blum juga kluar blik2 sy call tpi jawapn yg sma itu pun di JPN KUNAK resit IC sy kluar,sbab dri kk tu di suruh sy urus IC sy di mna makcik sy tinggal.skrg sy tinggal sendiri makcik sy dah pindah 5 thun yg lalu di kunak. jdi resit IC sy ni di jnji 6 bulan tpi skrg dah 1 tahun lebih.. bole ka sy aju ke putrajaya.. bnyk da wang sy buang slama ni utk urusan itu sja.. tpi sy heran kwan sy yg berurusan di kunak tanpa dokumen sng pula dpt.. pdahal kwn sy tu 2kli 5 kes mcm sy ni tpi dia org indonesia,sy mmg org tempatan.. kn sng org PTI dpt IC klu di ikutkn sy nak lapor tpi kwan sy pula ksian plak nnt dia ckp byk dia buang duit berbelas ribu utk dptkn nya..
ReplyDeleteJd smpai skrg ka blum kluar ic mu?
DeleteBaru2 sya ada ke jpn putrajaya brtnyakn mngenai nk buat ic bg surat lahir pendaftran lewat kelhiran..pegawai tu bgtau xda masalh jika nk buat ic walaupn surat branak berkod sabah(12)utk mndaptkn ic..xprlu endors di mhkhmh..ble trus buat di jpn putrajaya..
ReplyDeleteTapi kalau suda berusia 18 tahun masih dapat kaa?
DeleteKak sya bru2 ne p jpn putrajaya dia kta xbole buat ic d sini kena blk p sbh jak kena endos mahkamah ...skli kak sya ulg alik dr kl ke kk untk mengendos sijil lahir trsebut smua proses da siap smp bwk 2org sangsi g lps tue kak sya blk kl lg sbb da kje 5thn kt cne last2 mahkamh call gagal kena buat rayuan g....jd kak sya blk kk g buat ryuan smp skg blm ade jawapan dia ingt kte ne pungut duit kli d cne ...lain la klau naik keta ne naik kapal geram jak aku d buatnye .....eee jerak sda aku ngn pengurusan d sbh ne klau pki duit cpt plk..jgnkan umo 18 sdgkan umo ank buah sya ne bru 14 pwn xbole buat skg pt3 g...lain la klau kwn ngn pgawai kje d jpn bg duit kupi2 jak trs dpt buat😡😡😡
DeleteKak sya bru2 ne p jpn putrajaya dia kta xbole buat ic d sini kena blk p sbh jak kena endos mahkamah ...skli kak sya ulg alik dr kl ke kk untk mengendos sijil lahir trsebut smua proses da siap smp bwk 2org sangsi g lps tue kak sya blk kl lg sbb da kje 5thn kt cne last2 mahkamh call gagal kena buat rayuan g....jd kak sya blk kk g buat ryuan smp skg blm ade jawapan dia ingt kte ne pungut duit kli d cne ...lain la klau naik keta ne naik kapal geram jak aku d buatnye .....eee jerak sda aku ngn pengurusan d sbh ne klau pki duit cpt plk..jgnkan umo 18 sdgkan umo ank buah sya ne bru 14 pwn xbole buat skg pt3 g...lain la klau kwn ngn pgawai kje d jpn bg duit kupi2 jak trs dpt buat😡😡😡
Deletemardian majuti boleh tak kamu wasap saya....saya ada soalan bah mhu tnya kmu 0138790968
Deletemardian majuti boleh tak kamu wasap saya....saya ada soalan bah mhu tnya kmu 0138790968
DeleteAik... Susah nya.. Aq dpt sdh sijil daftar kelahiran ku. Tp xlengkap... Hbs la.... Doa kamu d harapkan... Moga urusan ku boleh d urus... Amin..
ReplyDeleteYg d atas tu lengkap susah nya apa lagi aku.. Mc xmo plak aq megurus.. Aq nie setakat dpt sijil daftar kelahiran je
ReplyDeleteTu pun pergi kk d arkib negara
Saya sekarang berumur 17 tahun. Sampai sekarang takde IC lagi😠surat beranak ada cop daftar lewat kelahiran(sabah) tahun ni nak SPM. Pt3 dulu guna surat beranak je. Sekarang ni menetap kat selangor (semenanjung). Keluarga pon bukan org senang, jadi macam manaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteHaritu mama saya daftarkan kami 4 bradik d jpn daftar lewat mau buat ic , tapi hanya permohonan saya ja ditolak. Tak tahu la knp camtu. Lama sangat tunggu proses time masih pegang taraf. Saya selalu email and kena rajin email dorg tu pro@jpn.gov.my . Semua adik beradik saya dah ada ic, saya ni seja susah sikit padahal sama ja. Mmg sangat cepat d balas melalui email berbanding pegi JPN tu. So, berbulan lama nya tunggu Surat Dari putrajaya, akhirnya ada dah utk buat ic. Dah interview, pastu disuruh tunggu 3 bulan. Sekarang masih dalam proses. Walaupun dah lebih Dari bulan yg dijanjikan. Hanya mampu tawakkal Dan DOA ja.
ReplyDeleteAdakah saya boleh email ke anda ..mahu tanya ..sebab kes kita sama
ReplyDelete