Oleh DR SYED AZMAN SYED AHMAD
TULISAN saya mengenai penderitaan akibat kemiskinan Siti Azma Mohd Zain, seorang ibu tunggal yang terpaksa tinggal di sebuah ‘rumah kotak’ bersama dua anaknya di Kampung Limbung, Paka, mendapat banyak reaksi pelbagai pihak khususnya daripada kalangan warga Teerengganu sendiri.
Rumah usang beliau yang tiada kemudahan asas air dan elektrik, juga sering digenangi air setiap kali berlaku hujan akibat atap rumah bocor.
Namun inilah realiti penderitaan dan kesempitan kehidupan golongan miskin di seluruh negeri Terengganu. Golongan miskin ini kebanyakannya terpaksa memeras tulang empat kerat mereka untuk mencari rezeki halal buat mengisi perut anak-anak dan keluarga yang terlalu daif. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos hidup dan barangan keperluan harian seperti minyak, gas, gula serta tepung yang terlalu membebankan golongan bawahan ini.
Ya, cubalah anda bayangkan, sebagai contoh, kesempitan hidup insan petani yang tidak punya kerja tetap dan menyara hidup keluarga dengan hanya melakukan kerja-kerja kampung serta bercucuk tanam. Nelayan pula, terpaksa meredah lautan untuk pergi menangkap ikan tetapi apabila tiba musim tengkujuh, punca rezeki mereka ini kembali ke daratan. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Nasib insan seperti ini turut dikongsi bersama oleh hampir 20,000 keluarga lain yang dikategorikan sebagai miskin di seluruh Terengganu.
Ya, amat sukar untuk digambarkan, negeri yang menghasilkan lebih separuh keluaran petroleum negara dan mendapat hasil lebih RM2 bilion setiap tahun, masih wujud terlalu ramai individu dan keluarga terlalu miskin untuk menyara kehidupan harian mereka. Cubalah tinjau kehidupan golongan ini dari Kemaman sampai ke Besut, bagaimana peritnya mereka mengharungi kehidupan harian bagi menyara anak-anak dan keluarga. Realitinya masih terlalu ramai lagi rakyat jelata yang tersepit dengan kemelut kemiskinan seperti yang dilalui oleh Siti Azma dan keluarganya.
Namun kemiskinan serta penderitaan rakyat Terengganu masih jauh daripada dapat diatasi. Apapun, taraf kemiskinan rakyat adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia walaupun ada yang mendakwa bahawa kadar kemiskinan negeri Terengganu dikatakan telah menurun dengan drastik dari tahun 2004 yang berkadar 15.4 peratus, kepada kadar 2.6 peratus pada akhir tahun 2011. Persoalannya, apakah kadar kemiskinan ini tepat bagi negeri Terengganu? Dan apakah ia relevan dengan kos kenaikan sara hidup yang terpaksa dibebani oleh setiap penduduk Terengganu?
Mengikut statistik, keluarga-keluarga miskin dikategorikan sebagai golongan miskin oleh kerajaan Terengganu iaitu mereka yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan iaitu RM529.50 ke bawah sebulan. Kadar ini adalah berbeza dengan ’kadar kemiskinan’ (poverty level) Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdan Menteri (JPM) yang meletakkan bahawa ’kemiskinan’ adalah RM731 setiap isi rumah seramai lima orang manakala indeks ’kemiskinan tegar’ adalah RM419 setiap isi rumah seramai lima orang.
Bagi saya indeks yang diguna pakai ini tidak sesuai langsung bagi negeri Terengganu yang kaya. Malahan ia tidak mencerminkan kedudukan sebenar penduduk miskin yang masih terlalu tinggi di seluruh negeri. Sebagai contohnya, kerajaan negeri Selangor telah megambil langkah menaikkan indeks kemiskinan kepada RM1,500 setiap isi rumah menjadikan kadar kemiskinan negeri tersebut naik daripada 1.1 peratus kepada 22 peratus dengan mengambil kira kemiskinan bandar yang meruncing akibat kenaikan kos sara hidup.
Malahan sekiranya diteliti bagi setiap tahun sahaja, kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan sejumlah RM50 juta ’Dana Khas Bantuan Hari Raya’ kepada sejumlah 150,000 warga miskin seluruh negeri Terengganu. Sekiranya dinisbah jumlah penerima bantuan hari raya seramai lebih 150,000 orang yang terdiri daripada golongan termiskin dengan jumlah penduduk Terengganu, maka kadar kemiskinan di negeri ini akan mencecah lebih 15 peratus daripada kalangan rakyat Terengganu.
Begitu jugalah dengan persoalan bantuan ’wang ehsan’ dan ’subsidi’ yang terus-menerus disalurkan kepada rakyat Terengganu yang miskin ini. Apakah dengan hanya bantuan RM100 atau RM200 kepada setiap isi rumah, sudah cukup bagi kerajaan pimpinan Menteri Besar, Ahmad Said menggangap ia sebagai pembelaan kepada rakyat? Dan, apakah cara begini boleh dianggap sebagai menepati sasaran bagi membantu ribuan warga miskin yang ada di seluruh negeri Terengganu?
Ya, inilah nasib si miskin yang ada di negeri ’Darul Iman’ ini. Siapakah yang akan menjadi pembela kepada mereka ini? Apakah mereka akan terus menerus diikat untuk bergantung kepada belas kasihan ’wang ehsan’ yang ditaburkan sedangkan mereka tidak mampu keluar daripada kemelut kemiskinan ini? Si miskin akan terus merempat di himpit kemiskinan, manakala si kaya yang sedang memunggah hasil kekayaan yang ada di negeri ’penyu bertelur’ ini akan terus kenyang dan hidup dikelilingi serba kemewahan.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.