`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 5, 2013

TERPANAS ! USAHAWAN & AHLI POLITIK LARI KE SINGAPURA..TANDA BN AKAN BUNGKUS...!!!



Usahawan, ahli politik Malaysia melabur di Singapura

Perkara ini dilihat semakin menjadi ikutan, yang dijangkakan pemerhati dan akan berterusan tahun ini, lapor akhbar republik itu “menimbulkan ketidaktentuan keputusan pilihan raya, yang telah menyebabkan kegelisahan di kalangan ahli perniagaan di sana”.
Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim adalah sebahagian besar daripada ramai ahli politik dan usahawan Malaysia yang melabur di Singapura, lapor akhbar Straits Times hari ini.

Zaid, 62, menyertai taikun media Datuk Tong Kooi Ong dan Datuk Dani Daim, anak kepada bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, apabila membeli pegangan saham dalam syarikat tersenarai Singapura.


Perkara ini dilihat semakin menjadi ikutan, yang dijangkakan pemerhati dan akan berterusan tahun ini, lapor akhbar republik itu “menimbulkan ketidaktentuan keputusan pilihan raya, yang telah menyebabkan kegelisahan di kalangan ahli perniagaan di sana”.

Zaid (gambar) bulan lalu telah membeli 350 juta pegangan saham dalam syarikat berpangkalan di Singapura Ipco International pada harga S$6.9 juta (RM17.15 juta), yang memberikannya tujuh peratus pegangan dalam syarikat tersebut yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagan di seluruh dunia, termasuk pembinaan dan infrastruktur, serta sektor tenaga hijau.

“Syarikat ini telah pun sedia ada dalam aktiviti perniagaan dan saya mempunyai masa untuk menyumbang apa yang dimilikinya di China,” katanya kepada ST, dan menambah Singapura adalah lokasi terbaik untuk menjalankan perniagaan.

Pengasas firma guaman ternama di negara ini berkata kepada akhbar tersebut beliau ingin melabur di Ipco, yang mempunyai hak untuk menghasilkan minyak dan gas asli di China.

“Saya perlu bermula, dan Ipco berpangkalan di Singapura, sebab itu saya meminatinya. Lebih banyak peluang dan kecairan,” kata Zaid.

Akhbar Singapura itu melaporkan Tong, seorang broker saham ternama, bekas pegawai bank, penganalisis pelaburan dan sekarang ini merupakan Pengerusi Eksekutif The Edge Media Group — yang menerbitkan akhbar perniagaan di sini danSingapura — telah menjadi pemegag saham tunggal terbesar dalam UPP Holdings.


Dani, juga dilaporkan melabur di republik berkenaan, dengan nilai S$4 juta (RM10 juta) bagi pegangan saham 17.8 peratus dalam syarikat Asiasons WFG Financial Mac lalu. Syarikat itu kemudiannya ditukar kepada ISR Capital pada Disember lalu.


Akhbar berkenaan turut melaporkan pelabur akan mula mengejar saham apabila mereka yakin perniagaan mereka akan berkembang di sana.



ADAKAH RAMALAN INI BUAT MEREKA....GELABAH.....???? 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.