`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 25, 2013

Ugutan bunuh guna batu nisan


Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menemui sebuah batu nisan tergantung di pagar rumahnya.
PETALING JAYA: Beberapa ahli jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang telah menerima batu nisan yang tertera nama mereka pada pagi semalam ekoran penentangan mereka terhadap Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di Pengerang.
Menurut pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, beliau menemui sebuah batu nisan tergantung di pagar rumahnya dengan maklumat seperti berikut:
Al-Fatihah
Anis Afida Binti Mohd Azli
Lahir Pada 25 April 1988
Kembali Ke Rahmatullah Pada Hari Jumaat
15 FEB 2013
Bersamaan 4 Rabiulakhir 1434
Amin
Gabungan NGO Pengerang merupakan antara NGO yang menentang projek PIPC sejak awal tahun lalu. NGO tersebut turut disokong oleh parti komponen Pakatan Rakyat.
Projek ini ialah projek kedua terbesar di Johor selepas projek Rapid di Johor yang bertujuan untuk membina rangkaian pengedaran gas dan minyak.
“Pada hemat saya, perbuatan ini lebih kepada ugutan bunuh. Hal ini kerana batu nisan adalah tanda perkuburan yang lebih sinonim untuk individu yang telah meninggal dunia,” kata Anis dalam satu kenyataan media hari ini.
Selain Anis, seorang penduduk Pengerang yang dikenali sebagai Yahaya Maspie dan setiausaha cabang PKR Pengerang Taufik Tahir turut menerima ugutan sama.
Batu nisan untuk Taufik telah dihantar ke bilik gerakan PKR Pengerang di Kampung Teluk Ramunia.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dipanjangkan kepada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Ibu Pejabat Kontinjen Johor.
Sementara itu Anis turut menegaskan bahawa ugutan bunuh yang diterimanya tidak menggentarkan beliau dari pada meneruskan perjuangannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.