`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 2, 2013

2 soalan untuk Mohamad Hasan


Senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sedang disaring oleh agensi seperti Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan bersih bertanding.

"Jadi belum ada yang muktamad ataupun disenarai pendekkan. Senarai calon ini ramai, ada nama baharu, ada nama lama....termasuk penyandang," kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.

Mohamad berkata apabila siap melalui saringan itu, senarai calon akan dihantar kepada pimpinan pusat parti yang seterusnya akan menentukan calon boleh menang.

Mohamad juga menegaskan bahawa pemilihan calon bagi PRU13 ini berbeza kerana senarai pendek calon yang bertanding akan  diputuskan pemimpin tertinggi parti, bukannya Badan Perhubungan Negeri, seperti sebelum ini.

"Dulu kami guna satu saluran iaitu semua pimpinan di peringkat bahagian hantar kepada Badan Perhubungan Negeri dan badan perhubungan akan buat senarai pendek dan menghantar nama. Tapi sekarang ini proses menyenarai pendek dibuat di peringkat pusat. Jadi tidak timbul lagi badan perhubungan yang membuang nama dan sebagainya," katanya.

Justeru, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata semua pihak perlu akur dengan senarai calon yang akan diputuskan kelak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku pengerusi BN. Selanjutnya Sinar.

Soalan Pertama

Nama Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin lepas tak saringan Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia? Kes 10 juta dan MBI camno? Klik.

Soalan Kedua

Beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang kahwin dua lepas jadi Exco tu boleh masuk senarai Winnable Candidate lagi ke?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.