`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, April 29, 2013

SEJAK BILA PULAK DAPAT TENDER SERVIS KOMPUTER 1MALAYSIA JATUH MUNAFIK?



Siaperle bodoh piang ni?

Sejak bila tender servis komputer 1Malaysia diberi oleh BN? Mana BN dapat duit untuk bayar syarikat ni? 

Adoi! Ini le dia manusia tak tahu apa itu dasar awam. Apa itu manifesto politik. Apa itu tender kerajaan. Beza antara tender Kerajaan dengan tender BN.

Wey, tender kerajaan bukan tender BN.

Tender BN ialah tender pasang bendera BN, buat brosur BN, anjur ceramah BN, servis menyuarat BN dan apa-apa jer projek BN yang ditanggung oleh duit BN.

Kalau duit bayaran itu datang dari pembayar cukai, atau yang namanya dana awam, ia bukan projek BN. Ia projek Kerajaan Malaysia.

Tiada satu sen pun duit dari tabung Najib, Soi Lek, Taib Mahmud atau Palanivel atau BN digunakan untuk membiayai projek 1Malaysia.

Tak kira engkau ahli BN atau PR, asal rakyat Malaysia yang ada syarikat yang releven, layak memohon tender. Layak terpilih kalau memenuhi spesifikasi.

Ada faham?



Komer kat Sri Manjung yang patut bersyukur ada kedai komputer di situ. Kalau tidak komer kena pergi Ipoh atau mana-mana tempat lain yang jauh.

**********

Kalau sudah belajar di UiTM kena duduk diam-diam dan bersyukur kepada BN?

Ini lagi bodoh berkarung-karung.

UiTM itu bukan BN punya. Ia milik negara Malaysia. Canselornya ialah Yang di-Pertuan Agong. Bukan Perdana Menteri Malaysia.

Lepas belajar di UiTM, ikut suka le nak buat aper asal jangan jadi bodoh, penyangak atau penyamun.

**********

Kalau suami bekerja dengan Kerajaan Malaysia, isteri tidak boleh aktif dalam politik?

Ini paling bodoh tahap gaban.

Gaji bukan dibayar oleh duit BN. Ia dibayar dari dana awam juga. Maknanya ia datang dari duit pembayar cukai, termasuk duit Yong.

Yong ikhlas dan redha jika duit cukai Yong digunakan untuk kebaikan. Tapi tak halal jika duit cukai itu digunakan oleh pemimpin BN untuk sambut birthday dan apa-apa keraian peribadi.

Pencacai-pencacai pun terus mencanang Rohawati Abidin, calon PAS Pasir Panjang munafik.

MUNAFIK KOT MANA WEH?

Najib pernah beri "ceramah agama, katanya:

Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.

Tolong bagi tahu kat bahagian mana Rohawati Abidin munafik.

Yang munafik tu yang cakap pasal Islam, tapi isteri sendiri tidak tutup aurat. Tuduh lawan tanpa bukti. dan banyak lagi yang UBN buat tak ikut undang-undang Islam atau undang-undang kafir, seperti enggan laksana hudud, menggunakan jentera Kerajaan Malaysia semasa kempen, etc.

SENDIRI BUAT UNDANG-UNDANG PEMAKAIAN TOPI KELEDAR, SENDIRI TAK MAHU IKUT = TIDAK AMANAH

BERAGAMA ISLAM TAPI PASANG ANCAK = KHURAFAT
Rohawati, Jangan tergugat.

Yong sokong Rohawati.

Miker adalah permata yang akan membawa suara wanita dalam kerajaan selepas PRU13, InsyaAllah.

TERUSKAN USAHA HINGGA BERJAYA

JOM UBAH
TOLAK UMNO
TOLAK BN


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.