`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 17, 2013

8 PARLIMEN, 13 DUN PANAS DI SABAH





KOTA KINABALU : Polis Sabah mengenal pasti lapan kawasan Parlimen dan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) panas di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kawasan Parlimen yang dijangkakan panas ialah Tuaran, Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Beaufort, Sepanggar, Penampang dan Pensiangan.
Bagi DUN pula, kawasan yang dikategorikan sebagai panas ialah Likas, Luyang, Api-Api, Inanam, Kepayan, Sri Tanjong, Klias, Kuala Penyu, Tanjong Papat, Karamunting, Elopura, Bingkor dan Merotai.

"Kita anggap kawasan ini panas bukan kerana faktor keselamatan, tetapi persaingan yang akan berlaku di situ," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil parti di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini Selasa.

Seramai 20 wakil parti yang akan bertanding menghadiri perjumpaan itu.

Selain itu, Hamza berkata seramai 7,000 anggota keselamatan akan bertugas sepanjang proses pilihan raya bagi memastikan ia berjalan lancar.

Sehingga kini, pihaknya menerima 10 laporan polis berkaitan pilihan raya melibatkan kesalahan berhimpun secara aman, merosakkan dan membakar bendera, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Hamza memberitahu wakil parti diberikan taklimat berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan pada PRU, selain taklimat keselamatan dan perundangan.

"Kita juga telah memaklumkan wakil parti bahawa bermula tarikh penamaan calon hingga tamat tempoh berkempen, polis akan menguatkuasakan Akta Pilihan Raya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Beliau juga mengingatkan parti politik untuk memohon permit sebelum berkempen dan arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah supaya semua permohonan dapat diproses dengan segera.

"Kita mahu permit diproses dengan cepat supaya mereka (calon) diberikan masa secukupnya untuk berkempen dan kita tidak mahu menghalang proses demokrasi yang diamalkan," katanya.

Di Sabah sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN dipertandingkan pada PRU13. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.