`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, April 17, 2013

PENDUDUK TERANCAM HAKISAN DI KG TAMBUN



HAKISAN.....Rubiah dan Mohd Awang menunjukkan kesan hakisan di Kg Tambun.

By : HENRY BATING
KOTA MARUDU : Kira-kira 2,000 penduduk Kg Tambun dan Marudu Laut di sini meminta pihak berwajib agar membantu menyelesaikan masalah banjir lumpur dan pengorekan pasir yang mengakibatkan tebing sungai di kampung itu terhakis.

Seorang penduduk, Rubiah Taib, 60, berkata rumahnya yang terletak dekat tebing sungai kini mengalami hakisan disebabkan empat tiang rumahnya mulai roboh akibat runtuhan setiap kali banjir kilat berlaku.
“Kami telah menyampaikan masalah ini kepada pihak Pejabat Daerah sejak setahun lalu namun keadaan masih sama, belum diperbaiki,” katanya kepada Utusan Borneo.

Seorang lagi penduduk yang merupakan kakitangan sekolah, Awang Matusin, 53, berkata pihak berwajib perlu memberi pembaikan ke atas jalan masuk ke kampung mereka kerana banyak juga hasil pertanian seperti buah pisang dan kelapa di samping hasil tangkapan penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan.

Awang Salleh Akupa, 48, yang menyara keluarga dari pendapatan nelayan berkata sejak 15 tahun lalu kuala dan sungai Bandau keseluruhannya menjadi cetek akibat hakisan dan banjir lumpur.

“Keadaan itu menyukarkan kami bergerak mencari tangkapan di mana kadang kala kami mudik jauh ke Kuala Marudu dan sesekali ke Kuala Petegor tetapi hasil tangkapan tidak juga seberapa disebabkan sungai keruh oleh pembukaan tanah di hulu,” katanya.

Sementara itu, Kasim Amat, 58, memberitahu sepatutnya kerajaan pada masa akan datang dapat memasang beberapa penghadang atau gabion bagi menghalang runtuhan tebing sungai.

Dua Musah, 60, menceritakan bahawa dahulunya pada tahun 1970-an atau 80-an keadaan Sungai Bandau amat jernih dan terdapat banyak bot nelayan dan pengangkutan berlabuh di mana pada masa itu tiada penerokaan tanah secara besar-besaran apa lagi pengorekan pasir pihak tertentu.

Sibi Vagio, 52, berkata masalah hakisan dan banjir lumpur berlaku disebabkan terdapat operasi mengorek pasir di hulu Sungai Bandau yang berdekatan SJKC Khoi Ming yang terus melakukan kegiatan meskipun mendapat bantahan penduduk sejak beberapa tahun lalu.

“Kita tidak berniat menuding jari mengenai operasi syarikat berkaitan mengorek pasir yang mungkin juga mendapat kelulusan jabatan berkaitan tapi kami merayu fikirkanlah juga masalah kami sebagai penduduk yang menerima akibat dari pengorekan pasir yang tidak terkawal,” kata Sani Loloh, 54.

Menurutnya, turut terjejas ialah beberapa kemudahan awam seperti masjid pekan lama dan sekolah agama Islam. (UB)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.