`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, April 17, 2013

ROZMAN ISLI CALON BN PARLIMEN LABUAN





LABUAN: Setiausaha Umno Bahagian Labuan, Rozman Datuk Isli dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan pada PRU ke-13.

Pemilihan itu disahkan sendiri oleh Rozman ketika dihubungi oleh wartawan New Sabah Times petang kelmarin. Rozman yang masih berada di ibu negara dijangka balik ke Labuan malam malam ini.
Rozman, 48, merupakan anak sulung pengasas Umno Bahagian Labuan dan juga Ketua Umno Bahagian Labuan yang pertama, Datuk Isli Siput.

Pemilihan Rozman menamatkan spekulasi mengenai calon BN selepas penyandangnya Datuk Yussof Mahal menghadapi masalah (muflis) yang kemungkinan tidak akan dicalonkan semula.

Sebelum ini, nama Naib Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias dan Rozman sering menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi untuk menggantikan Yussof sebagai calon BN pada PRU13.

Rozman anak tempatan berasal dari Kampung Pantai mula memegang jawatan Setiausaha Umno Bahagian Labuan sejak tahun 2008, beliau juga adalah merupakan Ketua cawangan Pantai dan menjadi ahli Umno Labuan sejak tahun 1987.

Antara jawatan lain yang disandang beliau ketika ini ialah Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Labuan.

Beliau juga merupakan Naib Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Melayu Kenderaan Malaysia (PEKEMA), dan Pengerusi PEKEMA negeri Sabah serta Ahli Lembaga Pengarah PEKEMA.

Beliau juga turut memegang pelbagai jawatan dalam pertubuhan anggota bukan kerajaan (NGO’s).

Pada PRU kali ini, Rozman dijangka akan ditentang oleh dua calon dari parti Pembangkang PAS, Hadnan Mohamad dan seorang lagi tokoh korporat, Tan Sri Ibrahim Menudin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada PRU ke 12, calon BN, DatukYussof Mahal (Umno) berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti terbesar dalam sejarah PRU kawasan Parlimen Labuan dengan mendapat 10,471 undi mengalahkan dua calon pembangkang Matussin Abdul Rahman mewakili PAS hilang wang pertaruhan selepas hanya mendapat 1,106 undi dan calon Bebas Lau Seng Kiat dengan majoriti 2,014 undi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.