`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, April 17, 2013

PENGERUSI MCA LABUAN 'MABUK LAUT'?




Saudara Pengarang.
PENGERUSI MCA Labuan, Datuk Chin Hon Vui mengatakan pada Bernama majoriti daripada lebih 5,000 pengundi kaum Cina di Labuan akan tetap menyokong calon BN.

Di sini kami ingin bertanya tanya pada beliau, "Who Are You?" sehingga begitu yakin majoriti kaum Cina Labuan akan undi BN. Kami bukan ahli politik tapi kenyataan beliau amat kecewakan kami seolah-olah Datuk Chin mewakili pihak kami membuang undi.
Kami sudah dua kali mengundi dan ada yang sudah empat kali. Kami memang undi BN selama ini kerana Dato seri Najib memang layak jadi PM Malaysia. Kami kasihan Datuk Seri Najib kerana yang bakal menjatuhkan beliau pada PRU 13 ini adalah menteri kabinet dan pegawai kerajaan atasan yang korup dan menyalahgunakuasa selama ini sehingga rakyat terlampau memaki hamun terhadap kerajaan.

Kali ini kami terpaksa berfikir tiga kali jika mahu undi BN. 3 mantan wakil rakyat di Labuan semuanya 'sekati enam belas tahil'. Apa yang ada di Labuan? Barang semua mahal. Tiga lesen feri kenderaan diberi kepada kroni BN tetapi sehingga sekarang hanya dua syarikat beroperasi. Tambahan pula Labuan sekarang pun menjadi Pulau Maksiat terkenal di dunia daripada 'oil and gas' hub.

Kami tidak perlu MCA atau Dewan Perniagaan Cina mewakili warga Labuan kerana cuba kamu lihat muka mereka. Siapa yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan diesel di perairan Labuan dan muka siapa yang bersubahat dengan tauke pusat hiburan di Labuan menjalankan kegiatan maksiat dan mengutip habuan bulanan untuk pihak berkuasa tempatan setiap bulan. Kami tidak payah nyatakan nama mereka di sini kerana kami pasti warga Labuan sudah tahu siapa dia.

Wahai Penduduk Labuan. Kita sudah bagi peluang kepada bekas tiga wakil rakyat daripada UMNO dan apa terjadi pada Labuan kini? Barang Mahal dan Pelacuran berlesen banyak di Labuan. Marilah kita sama sama bersatu hati memberi peluang kepada PKR untuk tempoh lima tahun sahaja kerana kita sudah beri puluhan tahun kepada UMNO.

Salam Hormat,

IP MAN - WARGA LABUAN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.